07Jan

Opera Untuk TV Di Perlihatkan Di CES

Lain-lain, Perisian

Selain daripada Opera untuk tablet, Opera juga turut melangkah setapak kehadapan dengan memperlihatkan teknologi Opera untuk TV, dimana ianya kelak akan didatangkan bersama-sama jutaan televisyen internet, pemain Blu-ray dan juga kotak set-top sepanjang tahun 2011 ini.

Seperti sedia maklum, salah satu matlamat utama Opera adalah membawakan pengalaman internet yang terbaik kepada pengguna, tidak kira perantian apa yang digunakan oleh mereka, dan memandangkan tahun 2011 dilihat sebagai mana tahun yang bakal melonjak naikkan penggunaan televisyen internet, maka Opera tidak ingin ketinggalan.

Melalui teknologi Opera untuk TV, ianya membawakan pelbagai sokongan industri semasa, termasuk HTML5, widget W3C, HbbTV dan banyak lagi. Pada masa yang sama, Opera turut mengatakan yang mana zaman dimana kita menonton televisyen secara pasif sudah pun berakhir, dan kini para pengguna ingin mendapatkan pelbagai kandungan interaktif dengan hanya satu klik sahaja. Selain daripada itu, dengan penggunaan teknologi Opera ini, ianya bakal membolehkan para pengeluar membawakan internet kepada TV dengan lebih mudah lagi.


Avast 5.0 Free AV Membawakan Antaramuka Serba Baru
Pelayar Web Dolphin Untuk Android Pad Diperkenalkan
Forum Membincangkan Dunia Pendidikan Dan Dunia Mudah-Alih Akan Diadakan Pada 22 November
Tambah Pengetahuan Dalam Bentuk Interaktif Melalui Aplikasi King Of Trivia
Dapatkan Inspirasi Untuk Rekabentuk Antaramuka Skrin Utama Telefon Pintar Anda

2 Komen

  1. syahrilhafiz pada 07 Jan 2011

    mantap kot ni..cayalah


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader