14Jan

P1 Kini Mempunyai Lebih Daripada 280,000 Orang Pelanggan

Telekomunikasi

Setelah melancarkan perkhidmatan WiMAX mereka secara komersial pada bulan Ogos 2008, kini P1 telah pun mempunyai lebih daripada 280,000 orang pelanggan, sekaligus menjadi penyedia WiMAX terbesar di Malaysia buat masa ini. Buat masa ini, P1 mempunyai lebih kurang 1,000 pusat pemancar, yang mana menawarkan liputan antara 40% hingga 45%.

Sebelum ini, pada tahun lepas, P1 telah bekerjasama bersama dengan SK Telecom daripada Korea, dimana melaluinya SK Telecom telah melabur USD$100 juta untuk pegangan sebanyak 25.8% pada P1. Ianya sekaligus membolehkan P1 dan SK Telecom berkongsi pengalaman dan kepakaran masing-masing dalam pembangunan rangkaian di Malaysia.

Sehingga suku tahun ke-empat 2010, P1 mempunyai lebih kurang 35% pelanggan mudah-alih, dan juga 65% pelanggan jalur-lebar tetap. Secara puratanya, para pelanggan P1 menggunakan lebih kurang 10GB data sebulan, dimana 60% daripada pelanggan gemar menggunakan aplikasi yang diperkaya, seperti YouTube dan sebagainya.

Sepanjang tahun ini, P1 dijangka akan meningkatkan pusat pemancar kepada lebih 1,600 pusat, selain dijangka akan memulakan ujian teknologi LTE pada suku tahun pertama tahun ini.


Kadar Penembusan Jalur-Lebar Malaysia Mencapai 57.4%
HTC Flyer Dan Desire S Bakal Dilancarkan Jumaat Ini?
Celcom Mengemaskini Pakej Jalur-Lebar - Menawarkan Lebih Kelajuan
DiGi Menawarkan Samsung Galaxy S2 Pada Harga Serendah RM1349
Peranti Hotspot Mudah-Alih - Yes Huddle XS Dengan Lebih Dekat

11 Komen

  1. Jebat Malaya pada 14 Jan 2011

    salah satunya adalah aku.. baru langgan rabu lepas…

  2. haziqharon pada 14 Jan 2011

    ok ke P1 nie? rumah mak aku pakai p1..tp sku guna selalu down je.. tgk kawan kot..
    Unifi gak terbaik. :)

    • Piratz pada 15 Jan 2011

      kalau ko ade problem, better mention kat p1.. baru die boleh bagi solution…

      • SJ pada 22 Feb 2011

        blah lah p1 aku gne setahun x pnah puas hati x leh stream video apatah lagi nak download

  3. fitri pada 14 Jan 2011

    kempen potongnya menampakkan hasil…

  4. Syukri_Lajin pada 14 Jan 2011

    Bos.. “menawarkan liputan antara 40% hingga 40%.” … 40% hingga 40%???

    • aMaNz pada 14 Jan 2011

      okay. dah dibetulkan. thanks.

  5. Ali ridha pada 14 Jan 2011

    janji lalu dekat kawasan rumah aku.

  6. Taufik Mansor pada 15 Jan 2011

    tapi streamyx jgak terbaik…. P1 wimax bukannya selalu laju….

    • Piratz pada 15 Jan 2011

      ala.. ko pakai celcom broadband.. streamyx pun ramai orang komplen sejak akhir2 nie slow.. stimix pun sengal gak kadang2..

  7. momoxe pada 09 Feb 2011

    org ckp streamyx kdg2 problem coz tga upgrade ke unifi


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader