14Jan

PayPal Membuka Pusat Khidmat Pelanggan Di Malaysia

Web 2.0

Mungkin ramai pengguna aktif PayPal di Malaysia menantikan perkara ini, dimana kini PayPal telah pun membuka pusat khidmat pelanggan mereka di Kuala Lumpur, Malaysia dalam membawakan pengalaman menarik, dan sokongan menyeluruh kepada para pelanggan mereka di Asia Pasifik.

Dengan pembukaan Pusat Khidmat Pelanggan mereka di Malaysia, kini ianya menjadi pusat sokongan yang kedua di Asia Pasifik selepas yang pertama di Shanghai, China. PayPal juga kini membuka peluang kerjaya untuk para penduduk tempatan, selain mengatakan dimana mereka ingin mengambil lebih 300 pekerja dalam jangka masa 3 tahun akan datang. Mungkin dengan ini, kelak kita akan dapat melihat lebih banyak laman web tempatan menyokong PayPal, apatah lagi dengan Multimedia Development Corridor yang memberikan PayPal Malaysia status syarikat MSC, yang menambahkan lagi keyakinan para pengguna tempatan.


Celcom Memperkenalkan Twitter Via SMS
Twitter Memperlihatkan Topik Terhangat Sepanjang 2010
Kini Pengguna DiGi Boleh Menerima Tweet Balasan Melalui SMS
Rekabentuk Baru 1tube.my Diperkenalkan Untuk Semua
VoucHEREs Menjuarai Make The Pitch - RM700,000 Untuk Memperluaskannya

5 Komen

  1. Izzat Aziz pada 14 Jan 2011

    Lepas ni paypal amik alih semua gateway macam ipay88.

  2. paeh pada 14 Jan 2011

    kekeke. apply keje situ ah!

  3. Ali ridha pada 14 Jan 2011

    bila pula sang Google nak buka
    Adsense dalam bahasa melayu.

  4. doBot pada 15 Jan 2011

    Alhamdulillah….senang skit. Harap lepas nie senang nak top up kredit selain menggunakan credit card atau RHB.

  5. titan pada 15 Jan 2011

    bagi aku, ianya bagus dan satu perkembangan baik untuk market malaysia.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader