23Jan

Pengendali Blog dan Web Tidak Terlepas Cukai Pendapatan

Lain-lain

Sehingga kini, ramai pengendali blog dan laman web, serta usahawan internet yang biasa lari daripada membayar cukai pendapatan, dengan menganggap yang mana pendapatan melalui internet tidak perlu dicukai. Kini, dengan kerajaan mula menekankan industri ICT negara, para pengguna yang menjana duit melalui internet tidak terlepas sama sekali.

Walaubagaimanapun, cukai pendapatan ini hanya dikenakan kepada sesiapa yang menjana lebih daripada RM2,500 sebulan sahaja, dan yang menjana pendapatan kurang daripadanya, tidak diperlukan membayar cukai.

Kini, disebabkan ramai yang mengatakan yang mana blog dan web boleh menjana ribuan duit sebulan, ianya telah menjadikan timbulnya banyak blog-blog berupa spam, dan menyalahgunakan platform internet. Namun begitu, disebabkan masalah tersebut masih kecil, ianya tidak begitu menjejaskan industri web dan blog tanahair.


CSL Bakal Membangunkan Tablet JooJoo
AMaxCity Yang Pertama Di Perkenalkan
Les Copaque Memperkenalkan Siri Animasi "Pada Zaman Dahulu"
Sony Pictures Dalam Perbincangan Akhir Untuk Mendapatkan Hak Filem Steve Jobs
(Video) Kenali Perkhidmatan Dari Kerajaan - ePerolehan Dengan Lebih Dekat

46 Komen

  1. Anarm pada 23 Jan 2011

    pengguna internet yg suke spam kt email dok promot program buat duit ribu2, juta2 tu termasuk jugak ke?

    • luthfi pada 23 Jan 2011

      sapela suruh depa letak income banyak2 kat internet, kan kerajaan nak amek sikit duit tu hehe

  2. EiNS pada 23 Jan 2011

    Ramai nak cepat kaya…buat blog spam, copy paste, bot apa jadah sume tuh…meleis meleis…menjatuhkan industri blog semalaysia je ade la…

    cubalah berblog dgn tujuan dan cara yang betul

  3. memenj pada 23 Jan 2011

    Belum layak lagi membayar cukai, huhuhu.

  4. syafiq.net pada 23 Jan 2011

    hahaha kalau ada zakat aku tahap dah boleh dapat :D bukan bayar

  5. suffer8zine pada 23 Jan 2011

    oleh itu jgn la keco2 kalau dapat income tinggi tol x? :P

  6. Omar pada 23 Jan 2011

    lepas ni founder Oh! Media kena bayar cukai la pulak…

  7. eiman pada 23 Jan 2011

    incik amanz kena bayar cukai neh.. duit banyak mashuk..

    • Aman pada 23 Jan 2011

      secara jujur, income dari blog nie tak lebih RM200 sebulan. Hoho~

      • paeh pada 25 Jan 2011

        blog lain…? kekeke

        • topo pada 28 Jan 2011

          seb baik takde button like.. kalau tak aku dah like komen ni.. hohoho

  8. zuls pada 23 Jan 2011

    belum layak cukai lagi.. :D

  9. Jmay pada 23 Jan 2011

    mcm mana kerajaan nk detect yer otai2 yg kaya nehh..hehe

    • Taufik Mansor pada 23 Jan 2011

      ala… kerajaan contact je nuffnang, advertlets, innity dll… pasal owner blog tu… apela susah sangat….

      blog di bawah rangkaian Oh! Media akan dikenakan cukai jugak…. gyahahahaha….

      adoi….

      • chidori pada 24 Jan 2011

        blog2 ohmedia konpem kena bayar cukai.. masyook tu diorang

      • mrkay pada 24 Jan 2011

        tak payah contact company2 tu pon kerajaan boleh tau duit keluar masuk dalam akaun bank atas nama setiap individu. kalau tak silap aku begitu la ;-)

        • Taufik Mansor pada 24 Jan 2011

          betul tu… pendek kata, kerajaan tahu semua maklumat pasal kita .. so, x yah la blogger yg popular dan kaya kat luar sana menyorokkan income blog atau forum mereka… haha…

  10. Ali ridha pada 23 Jan 2011

    kacau betul nak ambil cukai pula.
    sepatutnya kena bebaskan kami
    dari bayar cukai.

    nasib baik blog aku tiada
    duit lagi.huuuu….

  11. Eriyza pada 24 Jan 2011

    Tak layak tuk bayo cukai blog picisan.
    Hehehe!!! :D

  12. Ali ridha pada 24 Jan 2011

    bagi RM2,500 sebulan tu kena bayar la.hiii

    • Happy pada 24 Jan 2011

      pendapatana macam ni mmg la kena bayar cukai..
      banyak tu bro RM2,500 sebulan..hhehe

    • khairul pada 24 Jan 2011

      Pendapatan mcm tu mmg le kena bayar cukai..
      banyak tu bro RM2500 sebulan.hehe

  13. kikoz pada 24 Jan 2011

    rakyat didungukan~~

  14. Happy pada 24 Jan 2011

    Sewajarnya pengiat perniagaan internet yang sudah berjaya membayar cukai dan medaftarkan perniagaan dengan SSM.

  15. mancai pada 24 Jan 2011

    kecoh2 dah semua kena… lahai…

  16. NoktahHitam pada 24 Jan 2011

    aman, ko kene mention, mane2 blog yg buat duit tambahan, still kene declare. Tak kire la RM4.50 setahun ke, kene jugak.

  17. izuddin.helmi pada 24 Jan 2011

    habis la.. blogging income dah masuk paper.. i wish only bloggers know that.. dan yang dapat banyak tu kekadang show off sangat, sampai jadi macam ni

  18. Acul pada 24 Jan 2011

    1 kebaikkan mende ni nk memastikan tiada lagi penipuan yang berlaku dlm perniagaan internet

  19. Bob pada 24 Jan 2011

    Saya kerja kampung encik.

    • Acul pada 26 Jan 2011

      haha… kmpung mane tu?

  20. Juan pada 24 Jan 2011

    yang pendapatan rm 0.20 sebulan kene jugak ker

    • zik pada 28 Jan 2011

      tak payah lah kot.. simpan cukupkan setahun baru berapa.. sama macam aku jer earning..nie.. huhu

  21. fadzioriq pada 24 Jan 2011

    mcm dah leh agak je menda nih akan jadi~hehe

  22. dinsblog pada 24 Jan 2011

    Dari segi agama pun kalau kita dah layak untuk berzakat tak boleh nak lari.Jadi kalau tengok dari segi tax memang semua sumber pendapatan yg diperolehi didalam mahupun diluar malaysia memang dikenakan cukai.Kalau bayar zakat boleh dapat rebat bila buat submission tax.

    • kikoz pada 25 Jan 2011

      zakat dgn cukai lain…semua benda nak dikenakan cukai, ini dah keterlaluan…muka kerajaan pemerintah seperti muka cukai

  23. menj pada 24 Jan 2011

    Dah tgh ko blog pasal LHDN dan blog cukai, tetiba masuk berita semalam ada blogger yang bayar cukai: http://redmummy.com/2011/01/23/rm1juta-no-no-no/

  24. joev pada 24 Jan 2011

    masih belum layak lagi bayar cukai huhu

  25. Alwis pada 25 Jan 2011

    seb baik aku dapat 2499 ja sebulan,,kurang satu sen lagik kena cukai :)

  26. MuJE pada 29 Jan 2011

    ok, jom semua target income drp blog 2,499 jer ye.. takyah bayar cukai.

  27. wazy pada 29 Jan 2011

    pendapatan dari blog aku tak la banyak sangat,cukup-cukup makan je

  28. Ezany-Kun pada 29 Jan 2011

    setahun pun xsampai rm2500 tu.. slamat.. hehe..

  29. reezluv pada 30 Jan 2011

    rasanya kot pasni blogger kena register ngan SSM la kot..payah la nak berblogging nanti..adoyai


Trackbacks/Pingbacks

  1. Korang Melenting Blogger kena bayar Cukai? | andyhowtt[dot]com
  2. Blogger Wajib Membayar Cukai Pendapatan | Guabob
  3. Alamak! Blogger Pun Kena Bayar Cukai? - PakarBisnes
  4. Reezluv.com-Blog,Blogging,Blogger » Blog Archive » Anda Blogger? Jom Bayar Cukai?

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader