Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah dalam fasa ujian sebelum ini, kini secara rasminya, .my Domain Registry memperkenalkan sokongan untuk nama domain antarabangsa, yang mana ianya akan dimulakan dengan Jawi terlebih dahulu, dan diikuti dengan bahasa Cina dan Tamil tidak lama lagi.
Untuk IDN Jawi, ianya akan mula diperkenalkan dalam tiga fasa pengenalan, dimana pada fasa pertama, pendaftaran hanya dibuka kepada agensi kerajaan dan juga pendidikan sahaja. Menariknya adalah dimana pendaftaran fasa pertama yang bermula dari 24 Januari hingga 30 April ini akan menerima domain percuma selama setahun.
Seterusnya, ianya akan diikuti dengan fasa kedua yang dibuka kepada para pelanggan .my sedai ada, dan seterusnya dibuka kepada umum pada fasa ketiga. Domain IDN ini juga dijangka akan diperkenalkan dalam bahasa Cina dan juga Tamil tidak lama lagi.
menarik la bro. kena beli jugak. buat koleksi. hehe.
aku syarikat pun tiada.
Domain dalam jawi? Kurang paham.. Boleh explain lagi kot
Setuju dgn awak.
Akak pun x bape paham konsep domain ni.
macam sekarang nie kan, jawi.my, sekarang dia start jual جاوي.my, so leh beli domain dalam tulisan rumi, ataupun jawi.
tolong belikan satu untuk aku.huuu…
Bestnya camni..Nanti nak belikan untuk sekolah..hehe
aku baru baca tadi dari email
dah ada dah.. tapi cam susah nak manage, xdnoop.idn.my (apsal dia jadi xdnoop pun aku tak tau).. padahal omar.idn.my.. takpe, kena beli kot pasni kalau nak senang manage.
Payah gak nak type ek nanti.
Pastu boleh ada konflik kalau ada owner yg taknak beli domain .my dalam tulisan jawi, satgi org len beli.