11Jan

simpleLinux Memperkenalkan Laman Web Dan Domain Baru

Linux

Pembangun simpleLinux memulakan tahun 2011 ini dengan menarik sekali, dimana mereka telah memperkenalkan laman web mereka yang serba baru, bersama-sama dengan domain baru mereka, simpleLinux.MY yang sekaligus lebih melambangkan ianya dibangunkan di negara kita, Malaysia.


Laman Web Baru SimpleLinux

Buat masa ini, laman web simpleLinux masih lagi sedang melalui proses pembangunan, dan belum selesai sepenuhnya. Beberapa pautan padanya juga masih membawakan pengguna kepada laman lama mereka. Namun begitu, laman baru simpleLinux kini lebih menarik dan kemas, selain memudahkan navigasi berbanding sebelumnya.

Pada masa yang sama, kini akaun Twitter @simpleLinux juga aktif, membolehkan para pengguna mengutarakan sebarang pertanyaan terus pada Twitter dengan mudah dan pantas. simpleLinux versi akan datang, iaitu simpleLinux Penyelamat (Rescue CD) akan dilepaskan seawal 18 Januari, yang mana akan membawakan tema baru, selain berkemungkinan besar akan mengguna-pakai versi kernel Linux yang paling terkini. Sama-sama kita nantikannya.


Simpan Fail Dalam Talian Dengan Ubuntu-One
Ubuntu 10.04 LTS Membawakan Tema Desktop Baru
Nokia Sedang Membangunkan Sistem Operasi Berasaskan Linux Dikenali Meltemi?
Canonical Memperlihatkan Ubuntu TV Melalui Video - Laman Rasmi Dilancarkan
Ubuntu Bakal Didatangkan Bersama Lebih 5% PC Pada Tahun Hadapan

6 Komen

  1. ejon pada 11 Jan 2011

    wow. pakai kde. bleh try nnt

  2. mohd pada 11 Jan 2011

    Dua soalan :
    a) Rakyat Malaysia, domain Malaysia tak mahu guna Bahasa Malaysia ?
    b) Apa jadahnya setiap bulan keluar relese baru ? Kalau perhatikan distro yang lain, tak ada yang keluarkan satu relese setiap bulan hanya berlainan desktop.

    • Ali ridha pada 11 Jan 2011

      kami sekarang sedang mencuba.
      belambak tempat kami dah hantar.
      termasuk luar negara.supaya depa
      faham apa yang kami sampai.

      nanti keluarkan la versi bahasa malaysia.
      takkan tu tak boleh tunggu.

      kalau hebat sangat.marilah
      sertai pembangunan SimpleLinux.

      • farizluqman pada 13 Jan 2011

        ahaks.. nak juga terangkan entri panjang berjela aku.

        ok skang ni, kitorang ada 4 version yang berbeza. eh.. ada 4 tau…

        simpleLinux Extended
        simpleLinux DVD Extended
        simpleLinux Mini
        simpleLinux Rescue CD

        cara pembaharuan memang nampak macam sebulan sekali. tetapi,

        simpleLinux EXT 3 (dilancarkan pada 26 oktober 2010)
        simpleLinux DVD Extended 2.0 (dilancarkan pada 10 November)
        simpleLinux Ginkgo (dilancarkan pada 2 December)
        simpleLinux EXT 4 (dilancarkan pada 25 december)

        ok dah faham ? lebih2 lagi. cuba tengok versi EXT nak bertemu dengan versi EXT yang seterusnya… mengambil masa 3-6 bulan ek….. oleh itu, [future development]

        simpleLinux Rescue.CD (akan dilancarkan pada 18 Januari 2011)
        simpleLinux DVD Extended 3.0 (akan dilancarkan pada 15 March)
        simpleLinux Mini 2.0 (akan dilancarkan pada 15 april)
        simpleLinux EXT 5.0 (akan dilancarkan pada 30 april)

        cuba kira dari versi EXT 4 nak ke EXT 5 mengambil masa berapa bulan??? dan juga mini 1.0
        ke mini 2.0??? haha abih tak kan 6 bulan sekali nak upgrade 1 version. ahaks

      • farizluqman pada 13 Jan 2011

        bukan release sentiasa… beta dan community beta pon ada eh.. ahaks.. kita kalau macam Fedora la kan… fedora ada ke pentest version, mini version, dvd extended version bla..bla..bla.

        versi dikeluarkan oleh fedora juga setiap bulan. bukan release.. tapi beta ye incik…
        14.1
        14.2
        14.3
        14.4
        14.5 bla..bla..bla..

        sampai lah version
        15.0 yang muncul setiap tahun.. ada paham?ko tak caye http://fedoraproject.org/wiki/Releases/11/Schedule ok byebye…

    • syahrilhafiz pada 11 Jan 2011

      lex lu!!! sebabnya tak de yang nak sertai pembangunan SL ni lagi
      kalau la nak contribute ke apa ke, lagi bagus tuh
      lagi satu, pakai SL ni ;D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader