30Jan

Skrin Pemasangan Windows 8 Mula Kelihatan

Microsoft

Walaupun ianya masih ada dua tahun lagi sebelum Windows 8 dilancarkan, seperti sedia maklum, Microsoft sudah pun mulakan pembangunan sistem operasi generasi akan datang itu. Buat masa ini, masih tiada banyak info mengenainya, namun begitu, beberapa paparan skrin pemasangan Windows 8 mula tersebar di internet kini.


Skrin Pemasangan Windows 8 [via]

Apa yang diperlihatkan tidaklah banyak, memandangkan hanya dua paparan skrin pemasangan sahaja. Namun begitu, melaluinya, ianya memperlihatkan beberapa perkara, termasuk kebolehan untuk mengimport segala data daripada Windows 7 dengan mudah. Pada masa yang sama, ianya juga menggunakan tahun 2012 pada bahagian hak cipta, sekaligus memperlihatkan yang mana mungkin Windows 8 RTM akan dilepaskan seawal 2012 kelak.

Ianya kini diperkatakan yang mana Windows 8 kini dalam fasa MileStone 2, dan mempunyai perjalanan pembangunan yang lama lagi sebelum ianya mencapai suatu fasa yang bakal membolehkan para pengguna seluruh dunia mengujinya secara percuma.


Kemaskini XP dan Vista Kepada Windows 7
Paparan Antaramuka Kumo.com Mula Kelihatan
Windows 7 Telah Terjual Lebih 350 Juta Salinan
Hasil Facebook Like Rakan-Rakan Akan Diperlihatkan Pada Bing Mulai Minggu Ini
Windows Phone Mango Pada 9 September - Hari Ini?

14 Komen

  1. Fazreen pada 30 Jan 2011

    Lambat lagi..tp kedengarannya pemilik blog Aman bakal menggunakan Mac

  2. Omar pada 30 Jan 2011

    em, cam ragu-ragu tengok pic 1 ngan pic 2..
    rasanya sumber yang keluarkan gambar ni bukan dari Microsoft kot.. entahlah..

  3. suffer8zine pada 30 Jan 2011

    gambar edit ni kot

  4. Eriyza pada 30 Jan 2011

    Amanz,
    Heppi burfdei to you :)
    Semoga cecepat kawen. :D

  5. Taufik Mansor pada 30 Jan 2011

    menarik ni :)

  6. syahrilhafiz pada 30 Jan 2011

    pergh…tak sabar tunggu yang pirates..ekke

    • Ejon pada 30 Jan 2011

      haha. tablebla. yg ori pun tak lancar lagi nak tggu pirate. kita sekapal la camni. haha

  7. Ali ridha pada 30 Jan 2011

    aku tengah tunggu lanun juga ni.

  8. chidori pada 30 Jan 2011

    tak sabar bak tunggu yang original hehe..

  9. eheh pada 01 Feb 2011

    ngape copyright lain2 (yg atas ade 2012, bwh xde)..
    bkn patut same ke.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader