07Jan

Skype Mula Mengenakan Bayaran Untuk Panggilan Video Berkumpulan

Google

Setelah menguji fungsi panggilan video berkumpulan pada Skype sebelum ini, kini melalui kemaskini Skype yang baru, fungsi tersebut tidak lagi percuma, selain mana perisian tersebut kini lebih stabil daripada sebelumnya, dan membawakan kualiti panggilan yang dipertingkatkan berbanding sebelumnya.

Melalui kemaskini Skype untuk Windows yang baru, iaitu versi 5.1, fungsi panggilan video berkumpulan yang dahulunya diuji sebagai beta, kini sudah pun mencapai tahap stabil, dan sudah sedia digunakan secara serius oleh semua pengguna. Kini, Skype mula mengenakan bayaran untuk menggunakan panggilan video berkumpulan, namun begitu, anda masih boleh menggunakannya secara percuma selama 7 hari dibawah lesen percubaan.

Panggilan video dan suara dijangka akan menjadi salah satu trend utama sepanjang tahun 2011 ini, dimana, sebelum ini Skype telah pun memperkenalkan panggilan video untuk iOS, dan juga membeli syarikat Qik. Ini memperlihatkan beberapa persediaan Skype dalam menceburi panggilan video pada perantian mudah-alih dengan lebih serius. Selain Skype, Google juga membangunkan Google Voice, dan juga telah memperlihatkan panggilan video melalui Google Talk pada Android Honeycomb.

Kredit : Engadget. Tips daripada @Bubbles182. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus di Twitter, ataupun emelkan kepada media(a)amanz.my


Google Blog Converter 1.0 Di Lancarkan
Pra-Lihat Dokumen Google Docs Pada GMail
Lebih 3 Juta Pengguna Aktif Google Latitude
Android Market 3.1.3 Membawakan Beberapa Perubahan Dan Penambahan Baru
Google+ Berkembang Secara Positif - Melihat Peningkatan Sebanyak 27% Pada Bulan Mac

6 Komen

  1. paeh pada 07 Jan 2011

    wahahaha. tak cukup duit nak tampung server le tuu… semenjak dua menjak ni down manjang~~

  2. kyo_9 pada 08 Jan 2011

    selagi panggilan masih percuma.. ak tetap sokong Skype..
    ;p

  3. Mohd Isa pada 08 Jan 2011

    hoho…jarang kot nak wat video call…tu free…klu berbayar…tak guna teruslah jawabnya…haha

  4. mosyar pada 08 Jan 2011

    aku pernah download skype haritu, tapi x install pun lagi. ni kena bayar plak.
    hohohoo..

    trend 2011 – panggilan video suara? aku tak suka weh.

  5. Taufik Mansor pada 08 Jan 2011

    Bila server meragam baru skype ni nak kenakan bayaran….gyahahaha….

  6. ohcikgu pada 08 Jan 2011

    petanda orang malas nak guna skype dah lepas ni..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader