28Jan

Telefon Facebook HTC Bukan Telefon Rasmi Dari Facebook

Gajet

Berbeza dengan apa yang dilaporkan sebelum ini, kini Facebook menidakkan yang mana mereka bekerjasama bersama HTC dalam membawakan telefon pintar Facebook, sebaliknya mengatakan yang mana HTC membangunkan telefon Facebook tersebut menggunakan API terbuka yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

Ini sekaligus memperlihatkan yang mana dua telefon Facebook yang akan diperkenalkan oleh HTC adalah benar, cuma ianya bukanlah merupakan telefon rasmi Facebook, dan Facebook tidak terlibat secara langsung dalam pembangunan telefon tersebut. Selain daripada itu, ianya juga diperkatakan yang mana telefon tersebut tidak akan menyertakan penjenamaan Facebook seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Walaubagaimanapun, ianya dijangka lebih banyak maklumat berkenaan dengannya dijangka akan diketahui dalam masa terdekat ini.


Facebook Mula Memperkenalkan Photo Viewer Baru
Maxis Bakal Melancarkan HTC Flyer Tidak Lama Lagi
Sony Ericsson Malaysia Melancarkan Xperia Active Dan Xperia Arc S
Pandang Pertama Samsung Galaxy Tab 7+
Samsung Mempertontonkan Teknologi Paparan Dan Skrin Yang Fleksibel

7 Komen

  1. sembil9n pada 28 Jan 2011

    handphone untuk blogger ade tak??

  2. Mohd Isa pada 28 Jan 2011

    pergh…HTC…pandai cari market la plak…sampai namakan telefon Facebook.

  3. suffer8zine pada 28 Jan 2011

    publisiti je tu,

    Terkini : Trend Gigi Bercahaya di Jepun

  4. Ali ridha pada 28 Jan 2011

    sama dah macam Google.

  5. Mohd Shahrul Hafizi pada 28 Jan 2011

    Design dia smart.

  6. wazy pada 29 Jan 2011

    sama-sama la kita tunggu


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader