05Jan

TM UniFi Kini Meliputi Lebih 750,000 Premis

Telekomunikasi

Setelah memperkenalkan jalur-lebar berkelajuan tinggi pada tahun lepas, kini TM mengumumkan yang mana mereka telah pun meliputi lebih 750,000 premis pada lebih 48 kawasan. Ini sekaligus memperlihatkan yang mana TM mungkin boleh meliputi lebih 1.3 juta premis menjelang akhir 2012 seperti yang disasarkan sebelum ini.

UniFi diperkenalkan oleh TM secara berperingkat, dimana perhatian diberikan terlebih dahulu kepada kawasan Lembah Klang, dan juga kawasan dengan angka penduduk yang tinggi. Antara lokasi baru yang turut disokong oleh TM adalah termasuk Sentul, San Peng, Bintang dan Taman Midah di Wilayah Persekutuan, Sg Long, Keramat, Cheras, Petaling Jaya, dan Serdang di Selangor,dan Kawasan Perinduustrian Seberang Jaya di Pulau Pinang.

Selain daripada itu, angka pelanggan UniFi juga telah melangkaui 30,000 langganan, dimana TM mengatakan mereka melihat secara purata, 2,500 pendaftaran baru berlaku setiap minggu sehingga akhir tahun lepas.

TM telah melancarkan perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi mereka kepada umum pada 24 Mac yang lepas, selain turut melancarkan perkhidmatan IPTV mereka, HyppTV secara rasmi pada bulan Oktober tahun lepas.


Celcom Membuat Ujian Rangkaian 4G LTE
9 Syarikat Bakal Menawarkan 4G LTE Di Malaysia
Xperia Arc Akan Dilancarkan Rabu Depan Bersama Maxis
Jalenas Bakal Melancarkan Omni Tidak Lama Lagi
XOX Memperkenalkan Voopee - Perkhidmatan Mudah-Alih Tanpa SIM

6 Komen

  1. eastbullet pada 05 Jan 2011

    aku still tak faham apa benda unifi nih.. yang aku tau, dia laju dari biasa.. pastu yang pakej dengan telefon semua tu tak faham apa. unifi ni mungkin lebih sesuai digunakan untuk kapasiti besar, kalau kat rumah, guna streamyx pun dah ok..

  2. Taufik Mansor pada 05 Jan 2011

    bila nk sampai Kuantan? ish…. :(

  3. eiman pada 05 Jan 2011

    rumah aku dah boleh apply unifi tapi blum masuk lagi.. hehe

  4. Ali ridha pada 05 Jan 2011

    kawasan aku belum ada lagi.
    agak nya Bukit Beruntung dah ada kan.

  5. denaihati pada 06 Jan 2011

    area seri kembangan dah ada ke??

  6. snazzybizarre pada 06 Jan 2011

    rawang bile mau dtg maaa…. hurm


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader