07Jan

Twitter Memulakan Tahun Baru Dengan Rekod Yang Baru

Web 2.0

Twitter kini telah pun mengeluarkan laporan mengenai bilangan tweet yang telah dihantar ketika malam tahun baru 2011, dan menariknya, mereka telah mencapai rekod baru, dimana lebih 6939 tweet telah dihantar dalam masa 4 saat selepas tepat pukul 12 tengah malam di Jepun, yang mana lebih daripada sekali ganda berbanding rekod sebelum ini.

Ianya menarik untuk melihat pengguna Jepun giat menggunakan Twitter sebagai alternatif untuk mengucapkan ucapan tahun baru, memandangkan sebelum ini, beberapa kali rangkaian komunikasi mudah-alih mereka menghadapi masalah, oleh kerana penghantaran mesej yang dalam kuantiti banyak ketika sesuatu perayaan.

Selain daripada Jepun, seluruh dunia juga bergiat aktif dalam menggunakan Twitter dalam menyampaikan ucapan tahun baru, dimana Twitter sendiri telah menyediakan suatu video khas, yang mana memperlihatkan aktiviti para pengguna seluruh dunia dalam menggunakan Twitter ketika malam tahun baru.


12 Designs Project Di Lancarkan
Laman Sosial Komuniti Bola Sepak - Foozy Bakal Dilancarkan Dalam 12 Hari Lagi?
Monster.com Malaysia Melancarkan Aplikasi Android
Twitter Memperkenalkan Sokongan Penghantaran Gambar Melalui SMS
Aplikasi Evernote Terkini Membawakan Sokongan Bahasa Malaysia

4 Komen

  1. paeh pada 07 Jan 2011

    tu dia. indon dgn jepun nyala terang….

  2. Finalcross pada 07 Jan 2011

    Malaysia pun bole tahan gak nyala…haha

  3. ST pada 07 Jan 2011

    yang menyala kat malaysia tu banyak area kl sgor jer plak… huhu

  4. Mohd Isa pada 08 Jan 2011

    hoho…nyala abis ni…haha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader