06Jan

Pra-Lihat Android 3.0 Honeycomb

Google

Walaupun baru sahaja memperkenalkan Android Gingerbread kepada umum beserta dengan perantian Nexus S, pembangun Android kini bergerak pantas kehadapan, dengan memperlihatkan Android 3.0 Honeycomb kepada umum pada acara Consumer Electronic Show (CES) yang sedang berlangsung di Las Vegas kini.

Melalui video yang diperlihatkan, Google mengatakan yang mana Android 3.0 dibangunkan untuk tablet dan perantian dengan skrin besar, dan masih lagi samar-samar sama-ada adakah versi Honeycomb akan menyokong telefon pintar sebelum ini ataupun tidak.

Namun begitu, menariknya Honeycomb membawakan pelbagai perubahan, dari segi antaramuka dan pengalaman pengguna. Android 3.0 juga turut sama akan membawakan pelbagai fungsi sedia ada pada Android, termasuk sokongan multi-task, notifikasi, akses kepada lebih 100,000 aplikasi pada Android Market dan banyak lagi. Menariknya, Android 3.0 juga akan didatangkan bersama-sama pelbagai kemaskini dan perkara baru, dimana kini pelayar webnya menyokong pelayaran dengan tab, sokongan auto-fill, dan sync bersama-sama dengan Google Chrome. Ianya juga akan didatangkan bersama-sama dengan Google Maps 5, akses ke Google eBooks, kebolehan untuk panggilan video dan suara melalui Google Talk, dan banyak lagi.

Ianya masih lagi tidak diketahui, bila manakah Android 3.0 Honeycomb ini akan dilepaskan kepada umum, namun ura-ura awal mengatakannya ianya akan diperkenalkan kepada umum seawal bulan Mac 2011, sebelum perantian yang menggunakannya boleh didapati seawal bulan April atau Mei. Namun, ianya masih lagi para peringkat ura-ura tanpa sebarang pengesahan rasmi dari Google.


Chrome Untuk Mac Menghampiri Kenyataan
Google Memperkenalkan People Widget Pada GMail
Google Bakal Memperkenalkan Pesaing Siri - Dikenali Dengan Nama Kod Majel Buat Masa Ini
Ketahui Aktiviti Akaun Anda Pada Produk Dan Perkhidmatan Google
Chrome Kini Mendahului Internet Explorer Sebagai Pelayar Web Paling Popular Di Dunia

4 Komen

  1. Azam pada 06 Jan 2011

    kadang kadang, terasa macam teknologi android ini terlalu cepat, membuatkan para pembelinya rasa device yang beli android version lame tu dah takde value…

    • Izzat Aziz pada 06 Jan 2011

      tak leh nak upgrade ke, klau guna android yg lama?

  2. mackenziedoo pada 06 Jan 2011

    mcm rugi jer kalo beli android skrg..nanti yang baru kuar lebih menarik. ketinggalan pulak nanti… baru kumpul duit yang latest punya..akan yang baru lagi.. non-stop…

  3. Azmi Mamat pada 11 Apr 2011

    kalau nak cepat dapat upgrade. beli phone yang google seperti nexus hahahha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader