24Jan

Windows 7 SP2 Bakal Dilepaskan Pada 2012 Kelak

Microsoft

Belum pun Windows 7 SP1 dilepaskan secara rasminya, kini ianya sudah diperkatakan yang mana Microsoft sudah pun sedia memulakan pembangunan versi Windows 7 SP2 yang mana dijangka akan dilepaskan kepada umum pada tahun 2012 kelak. Buat masa ini, Windows 7 SP1 RTM versi tak rasmi sudah pun mula tersebar di internet.

Versi terkini yang dibocorkan oleh Wzor di internet adalah Build 7601.17514, diperkatakan sebagai Windows 7 SP1 RTM yang mana membawakan pelbagai kemaskini sedia ada yang telah dilepaskan di Windows Update untuk Windows 7. Namun begitu, masih tiada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak Microsoft sehingga kini.

Walaupun Windows 7 SP1 tidak dilepaskan kepada umum lagi, Microsoft kini telahpun memulakan pembangunan Windows 7 SP2, dan dijangka akan dilepaskan pada tahun hadapan, 2012. Ianya juga diperkatakan yang mana ketika pelancarannya kelak, Windows 8 mungkin sudah mencapai fasa terakhir pembangunan, sebelum Windows 8 dilancarkan kepada umum pada Januari 2013 kelak.


Live Web Messenger Kini Menyokong Facebook?
Microsft Melancarkan IE6Countdown.com
Windows 8 Dimuat-Turun Lebih 500,000 Dalam Tempoh Kurang 12 Jam
Aplikasi Hotmail Untuk Android Diperkenalkan
Ulasan: Windows 8 Consumer Preview

8 Komen

  1. zam pada 24 Jan 2011

    bile sp1 nk dilepaskan?? x sabar dh nie !

  2. izra pada 24 Jan 2011

    Ape beza Windows 7 SP ngan Windows 7 yg sedia ade ni ???

    • Aman pada 24 Jan 2011

      Windows 7 sekarang nie, dah lama, so, Windows 7 SP1 akan membawakan kemaskini semua sekuriti dengan beberapa fungsi baru. Tapi, kalau yang dah pernah update Windows 7 pakai Windows Update, takyah risau sangat. =)

  3. mancai pada 24 Jan 2011

    huhuhu… nampaknya ramai yg berpuas hati guna windows 7 dari vista… harap windows 8 tidak menghampakan..

  4. Taufik Mansor pada 24 Jan 2011

    win7 banyak kelemahan… dah la senang kena hack dan kena jangkit virus…tu pasal ade SP… :D

    linux jugak terbaik… cuma linux ni kurang popular dan x banyak software sokong linux.. :(

  5. Fazreen pada 25 Jan 2011

    Jujur aku tak penah ambil tau hal os update ni. Janji sistem aku sihat dan tak beri masalah dalam hal kerja seharian aku

  6. mohadila pada 25 Jan 2011

    Win 7 agak stabil, tue pasal SP dia lmbat nk release. Apapun, OS dari dunia OSS lagi terbaik dari segi sekuriti n kestabilan.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader