Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti yang dinantikan, akhirnya Microsoft telah pun mengumumkan yang mana Windows 8, atau lebih tepat lagi, generasi Windows seterusnya akan menyokong sepenuhnya perantian yang menggunakan System on a Chip (SoC), termasuk sekali cip pemprosesan ARM.

Microsoft Mengumumkan Sokongan ARM [via]
Sehingga kini, Windows hanya menyokong x86 yang digunakan oleh cip pemprosesan Intel dan AMD, sekaligus menyukarkan pengeluar perantian berasaskan ARM menggunakannya. Namun begitu, dengan sokongan ARM yang dibawakan oleh Windows ini, ianya kelak akan membolehkan perantian yang menggunakan sistem ARM daripada NVIDIA, Qualcomm, dan yang lain-lain menggunakan sistem operasi Windows.
Dengan pengumuman ini, ianya turut memperlihatkan yang mana mungkin dalam masa akan datang, kita akan dapat melihat sistem operasi Windows mula mendapat perhatian kembali daripada pembangun perantian dengan kuasa rendah, terutamanya komputer tablet.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
ini merupakan satu perkembangan yang bagus……
good job, microsoft
tak sabar nak try..w7 pun dah smart..apa lagi w8
mesti bertambah berat..
satu perkembangan yg tak sihat.. utk kebebasan computer dari microsoft
kali pertama tahu pasal ARM
pergh!!. pasnie bateri peranti cam lptp pun lebih tahan lama dan lambat la nk p cas lptp kalau nak guna.hehe.. tp ubuntu dah support dah ARM nih.. Tahniah Ubuntu!!