21Jan

Windows 8 Bakal Dilancarkan Pada Januari 2013

Microsoft

Kini, suatu sumber terdekat kepada Microsoft mengatakan yang mana Windows 8, iaitu sistem operasi generasi baru Windows, bakal mencapai versi RTM pada pertengahan tahun 2012, dan akan mula dijual dipasaran seawal tahun 2013 kelak. Ianya diperkatakan yang mana Microsoft mungkin melancarkan Windows 8 pada 7 Januari 2013.

Buat masa ini, Microsoft masih lagi belum mengumumkan secara rasminya berkenaan jadual pembangunan Windows 8 kepada umum. Walaubagaimanapun, ianya diperkatakan yang mana Windows 8 sudah pun dalam pembangunan, dan ianya dijangka akan mencapai versi Beta dalam tahun ini ataupun awal tahun hadapan. Selain daripada itu, ianya juga diperkatakan yang mana Windows 8 RC akan dilepaskan kepada umum pada pertengahan tahun pertama tahun 2012 dan diikuti dengan versi RTM selepas itu.

Fungsi-fungsi baru pada Windows 8 masih tidak diketahui sepenuhnya sehingga kini. Antara yang diketahui buat masa ini adalah dimana ianya akan membawakan antaramuka baru dipanggil “Wind”, selain akan turut disokong oleh cip pemprosesan ARM, serta mengintegrasikan perkomputeran awan untuk mengelak cetak rompak.


Moonlight - Silverlight Untuk Platform Linux
Perkara Baru Pada Windows 7 Build 7048
XP Mode Dan Virtual PC Beta Sedia Di Muat Turun
Selepas Mango, Adalah Tango - Di Ikuti Windows Phone Apollo
Sokongan Windows Live Dan Facebook Pada Windows Phone Mango Diperlihatkan

5 Komen

  1. matjan pada 21 Jan 2011

    konsentrasi terganggu ar man.

  2. Made pada 21 Jan 2011

    “Kini, suatu sumber terdekat kepada Microsoft mengatakan yang mana Windows 8, iaitu sistem operasi generasi baru Windows, bakal kelak mencapai versi RTM pada pertengahan tahun 2012, dan kelak akan mula dijual dipasaran seawal tahun 2013 kelak. Ianya diperkatakan yang mana Microsoft bakal melancarkan Windows 8 pada 7 Januari 2013 kelak.”

    kenapa aku rasa ayat ni mcm x kena je?”kelak” bnyk sangat..

    • Aman pada 21 Jan 2011

      telah diperbetulkan semula. terima kasih. =)

  3. Wan Perlis pada 21 Jan 2011

    nnt klo nak guna windows 8 cpu mesti kena guna i3

  4. farouk pada 30 Aug 2011

    salam.. sebelum guna win 8, kita kena habis2an teroka windows 7 dulu. hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader