05Jan

Windows Phone Akan Menerima Kemaskini “NoDo” Seawal Februari

Microsoft

Seperti sedia maklum, Microsoft akan membawakan dua kemaskini Windows Phone untuk tahun ini. Menariknya, kemaskini yang pertama, dengan nama kod “NoDo” (No Donuts) dijangka akan tiba tidak lama lagi, iaitu seawal bulan Februari membawakan fungsi copy & paste, serta beberapa perkara lain.

Melalui kemaskini “NoDo”, Windows Phone akan mula menyokong fungsi salin dan tampal yang mana ditunggu oleh para penggunanya untuk sekian lama. Selain daripada itu, ianya turut akan membawakan sokongan untuk cip Qualcomm 7×30, dan penyelesaian pepijat kepada beberapa sokongan aplikasi.

Pada masa yang sama, seperti semua maklum, Microsoft juga dijangka akan memperkenalkan Windows Phone “Mango” pada tahun ini. Melaluinya, ianya akan membawakan pelbagai perkara baru, termasuk Internet Explorer 9 dengan enjin Trident 5, sokongan HTML5, Silverlight, dan pelbagai fungsi hiburan baru. Ianya buat masa ini dipanggil dengan nama Windows Phone 7.2, dan mungkin versi akhirnya dipanggil Windows Phone 7.5.

Sebelum ini, ianya telah diperkatakan yang mana Windows Phone Mango akan menemui para pengguna seawal bulan September kelak. Namun masih tiada pengesahan berkaitan dengannya. Selain daripada itu, sekiranya para pembaca perasan, penggunaan nama NoDonuts mungkin sedikit ditujukan kepada pengguna Android, memandangkan sebelum ini, Android pernah menggunakan nama kod Donut dalam pembangunannya. Walaubagaimanapun, ianya juga mungkin suatu kebetulan.


Microsoft Memperkenalkan Thumbtack
Office 2010 Seawal Bulan Mac 2010?
Windows 8 Bakal Menyokong Sepenuhnya USB 3.0
Fungsi Portable Workspace Pada Windows 8 Diperlihatkan
Microsoft Melancarkan Aplikasi SkyDrive Untuk Windows Phone Dan iPhone

2 Komen

  1. Kreuger pada 05 Jan 2011

    android dengan windows bergadoh. hahaha

    • Azam pada 05 Jan 2011

      gadoh guane tu..hehe…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader