17Jan

WordPress 3.0 Telah Dimuat-Turun Lebih 30 Juta Kali

Web 2.0

Salah satu platform menulis blog diluar sana adalah WordPress. Kini, pihak pembangun mereka sedang giat membangunkan WordPress 3.1, dan menariknya, terkini, mereka telah mencapai salah satu tahap baru, dimana WordPress 3.0 telah pun dimuat-turun lebih 30 juta kali secara keseluruhannya.

Seperti sedia maklum, WordPress 3.0 telah dilepaskan kepada umum pada bulan Jun yang lalu, atau lebih tepat lagi pada 17 Jun 2010. Melaluinya, pihak pembangun WordPress, membawakan pelbagai perubahan dan perkara baru, termasuk tema baru yang dipanggil TwentyTen menggantikan tema Kubrick. Selain itu, pelbagai perkara baru turut diperkenalkan, termasuk disatukan dengan WordPress MU, sokongan latar belakang custom, shortlinks, menu dan banyak lagi.

Buat masa ini, para pembangun WordPress sedang giat membangunkan WordPress 3.1, yang mana dijangka akan dilepaskan dalam masa terdekat ini, mungkin dalam beberapa hari, mahupun minggu. Bagi para pengguna WordPress yang tidak sabar, anda boleh menguji terlebih dahulu WordPress 3.1 RC, sementara menunggu versi akhir dilepaskan kepada umum.


Blog Chedet Berpindah Alamat
Zygy Ingin Menjadi Pusat Perhentian Setempat Untuk Pengguna Internet Tempatan
Rocket Internet Bakal Melancarkan Lazada Malaysia Tidak Lama Lagi
Tempahan Makanan Melalui Internet Semakin Mendapat Perhatian Di Malaysia
Dropbox Memperkenalkan Perkongsian Awam Pada Semua Folder Dan Dokumen

4 Komen

  1. Ali ridha pada 17 Jan 2011

    sekarang ni aku tak naik taraf lagi
    wordpress 3.04.huuu.

  2. mancai pada 17 Jan 2011

    memang cepat dan menggalakkan…

  3. Anip pada 17 Jan 2011

    perghh.. gila la, banyak kot orang download, mesti yang rmai gune wordpress. hehe


Trackbacks/Pingbacks

  1. WordPress 3.1 “Reindhardt” Dilepaskan | WordPress Malaysia

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader