19Jan

Yahoo! Menyokong Pendaftaran Menggunakan Akaun Google dan Facebook

Yahoo!

Yahoo! kini dilihat seperti kian tenggelam namanya, namun mereka masih lagi tidak berputus asa. Untuk memudahkan para pengguna berdaftar dengan mereka, kini Yahoo! membolehkan para pengguna dengan akaun Google dan Facebook mendaftarkan diri untuk laman Yahoo! dengan amat mudah sekali.

Kini, Yahoo! mengintegrasikan kebolehan untuk pendaftaran menggunakan akaun pihak ketiga, iaitu Google dan Facebook, dan mendapatkan kelebihan sama seperti pengguna Yahoo! berdaftar yang lain, tanpa memerlukan mereka melalui proses pendaftaran yang mengambil masa lama seperti sebelumnya.

Sebelum ini, beberapa bulan yang lalu, Yahoo! telah pun sedia memperkenalkan kebolehan mendaftar menggunakan akaun Google pada Flickr. Menariknya, melaluinya penggunaan laman tersebut meningkat lebih 20%, melihat pendaftaran pengguna baru meningkat daripada biasa.

Mungkin dengan sokongan menggunakan akaun Facebook serta Google ini, kita akan dapat melihat lebih ramai pengguna baru berdaftar dengan servis Yahoo! selain mencapai tahap populariti sama seperti sebelumnya.

Tips daripada @Piratz. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus di Twitter atau emelkan kepada media(a)amanz.my


10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 11 Ogos
Facebook Menguji Fungsi Terjemahan Pada Bahagian Komen
Permainan Berasaskan Google Maps Bakal Diperkenalkan Pada Google+
Gowalla Dimatikan Secara Rasminya
Facebook Membawakan Sokongan Perkongsian Fail Untuk Facebook Groups

6 Komen

  1. Azah pada 19 Jan 2011

    aku guna yahoo untuk YM je.
    ngeh ngeh…

    • ejam pada 19 Jan 2011

      sama ler kita, YM ku digunakan utk sembang dgn org umah yg jauh…
      email yahoo plak hanya utk kegunaan spam berkumpul jer…hehe

      • Azam pada 19 Jan 2011

        yerp, terlalu banyak spam…macam yahoo tak fokus untuk masalah ni

  2. paeh pada 19 Jan 2011

    kalau sign up guna google. boleh YM dgn akaun google tu la ye… ke cemana

  3. RIS-FAMILI pada 19 Jan 2011

    Susah2 sangat, buka ketiga2nya. Yahoo, google dan fb.
    Mcm aku – mudah, pelbagai dan free.

  4. aley hakim pada 21 Jun 2011

    saya ada


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader