Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selepas digodam dan diperkatakan akan dijual, kini laman sosial 1Malaysia.com dilihat beroperasi semula. Namun dalam beberapa minit sahaja ianya beroperasi, laman tersebut tidak boleh diakses semula. Dalam masa beberapa minit beroperasi, ianya dapat dilihat yang mana kini laman utama 1Malaysia lebih fokus akan pengguna tempatan.

Rekabentuk Baru Pada 1Malaysia.com
Rangkaian sosial yang diperkatakan sebagai bakal menyaingi Facebook itu telah pun mencapai lebih 15,000 orang pengguna dalam tempoh hanya beberapa minggu beroperasi. Namun begitu, kebocoran sekuriti padanya telah membawa kesan besar, dimana laman tersebut telah tidak boleh diakses sejak daripada minggu lepas.
Namun begitu, kini dilihat mereka sedang cuba untuk membuat 1Malaysia.com beroperasi semula. Ianya masih tidak diketahui samaada pangkalan data telah diganggu oleh para pengodam ataupun tidak buat masa ini, dan masih tidak diketahui mengapakah laman tersebut ditutup kembali tanpa sebarang mesej buat masa ini.
12 Komen
Tinggalkan Komen Anda
aku pun x faham ngan admin web 1malaysia.com ni…. macam tidak berkaliber pun ade…
kau ingat senang ke nak maintain server?
ariff samani kan? lama tak nampak ang blogging. hmm..relax ar. berkaliber maksud dia mungkin dari aspek berbeza. bukan server je, scripting dan lain2 pun kene jaga. da pandai on website, pandai la jaga. kalau setakat on pastu biar baik takyah..
aku ingatkn sape la emptyspace nie..tp aku pelik, ape reason dia beroperasi then tutup balik. macam main2 plak.
femes saudara ariff samani ni rupanya.. hohoho
kalau nak lebih selamat web 1malaysia.com ni hanya membenarkan pelawat dari Malaysia sahaja. dan sekat pelawat dari luar Malaysia terutama Indon…. so baru sesuai ngan apa itu 1Malaysia.
memang susah nak maintain server. akan tetapi dengan ilmu dan pengalaman tidak mustahil akan menjadi lebih mudah….
aku masih lagi tak boleh bukak 1malaysia.com tu
kejap ada kejap tak ada…? aku ada juga tinjau2 http://www.myfriends2u.com dah berwajah baru nampakna…
Wah, diaorg dapat recover semua users! HEBAT!
Tadi aku masuk semua users ada lagi… POWER LA!
Maybe tengah testing-testing lagi, tapi so far database users semua ada lagi.
patut buat rebranding baru.. tukar nama domain sebagai salah satu cara.. sebab susah kalau org dah “mark”
kalau tak nak tukar domain, tukar sistem.. bila-bila masa jer boleh kena lagi kalau guna domain lama, sistem lama, tanpa sebarang upgrade.
nk tukar itu ini guna kos lagi, fuhhh
Satu je yang tak berapa minat dengan 1malaysia.com ni
Dia punya design. Terlampau nampak kosong sangat.