Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah hampir seminggu tidak boleh diakses, kini laman sosial tempatan, 1Malaysia.com kembali beroperasi semula seperti biasa, serta pada masa yang sama memperkenalkan polisi privasi yang baru dan amat ringkas. Tidak banyak perkara yang dapat diketahui, selain pentadbirnya meminta para pengguna mengelakkan menggunakan kata laluan serupa dengan emel mereka.
1Malaysia.com tidak boleh diakses sejak minggu lepas disebabkan telah digodam. Ianya juga diketahui laman 1Malaysia.com digodam adalah kerana telah dicabar, namun begitu, ianya tidak pasti siapakah yang telah meninggalkan mesej cabaran pada forum pengodam tersebut.
1Malaysia.com juga pada masa yang sama memperkenalkan perubahan pada rekabentuk halaman utama mereka, yang mana memperlihatkan kini mereka lebih memfokuskan kepada hanya pengguna Malaysia sahaja.

Halaman Utama 1Malaysia.com
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
lawan drHook2u tu
go go
suka hati dia tak buat
lebih keselamatan.sekarang
bagus la.pemilik dah kena.
selepas ni tingkatkan keselamatan tau.
Sarang tebuan jangan dijolok.
bgusla database masih ada
guna password berbeza dengan email? is that mean password user dalam database tu tak di encrypt? gilo? encrypt la. pakai MD5 pon cukup. Aih.