28Feb

3 Aplikasi Menarik Daripada Facebook Developer Garage Kuala Lumpur

Web 2.0

Dengan berakhirnya Facebook Developer Garage Kuala Lumpur semalam, beberapa aplikasi baru telah dibangunkan oleh para pembangun tempatan, dan telah dipersembahkan kepada umum pada penghujung Facebook Developer Garage Kuala Lumpur yang pertama untuk tahun ini.

Beberapa aplikasi yang dibangunkan dalam tempoh kurang dua hari ini telah diperlihatkan, dimana ianya kelihatan amat menarik sekali.

Photo T-Zer


Melalui aplikasi Photo T-Zer, ianya membolehkan para pengguna Facebook untuk menambah pelbagai efek untuk gambar-gambar mereka ataupun rakan-rakan mereka dengan mudah secara terus dalam talian. Melalui aplikasi ini, para pengguna boleh terus mendapatkan gambar samaada terus daripada album mereka di Facebook, ataupun daripada album-album mereka. Selepas memilih gambar yang dikehendaki, para pengguna boleh menambah pelbagai perkara tambahan, dalam menjadikan gambar tersebut lebih menarik dan kelakar.

Memandangkan ianya hanya dibangunkan dalam tempoh kurang dua hari, efek dan grafik tambahan yang disediakan masih sedikit, malah aplikasi tersebut memperlihatkan tanda beta. Mungkin lebih banyak efek akan ditambah, serta akan ditambah menjadi lebih menarik daripada semasa ke semasa nanti.

On Time

Aplikasi On Time ini dibangunkan oleh pelajar UCTI, dimana melalui aplikasi ini, ianya membolehkan para pelajar UCTI yang menggunakan Facebook terus melihat jadual waktu kelas mereka terus melalui web Facebook, tanpa perlu ke laman UCTI. Perkara ini sekaligus memudahkan para pelajar UCTI, dimana mereka boleh terus menggunakan Facebook, dan pada masa yang sama mengikuti pelbagai perkembangan kelas-kelas mereka dengan mudah dan pantas.

Reacquaintor


Melalui aplikasi Reacquaintor, ianya menggalakkan para pengguna Facebook mengenali rakan-rakan mereka dengan lebih rapat lagi, dimana melalui aplikasi ringkas ini, ianya memperlihatkan bilakah kali terakhir anda berhubung dengan rakan Facebook anda, serta apakah mesej terakhir anda kepada mereka.

Facebook Developer Garage Kuala Lumpur ini telah diadakan dengan kerjasama Facebook Malaysia, serta Tandemic. Ianya mungkin adalah aktiviti pertama untuk tahun ini, dan mungkin akan diadakan lagi pada masa akan datang, pada masa yang sama menarik lagi minat para pembangun tempatan untuk membangunkan aplikasi pada platform Facebook.


Twitter Bakal Memperkenalkan Fungsi Statistik Percuma?
Versi Alpha Lokal.my Dilancarkan
Groupon Malaysia Mencapai Sasaran Pengguna 6 Bulan Sebelum Tamat 2011
Twitter Mula Memperlihatkan Kotak Untuk Menjemput Rakan
Twitter Mengaktifkan Sokongan HTTPS Untuk Semua Akaun

14 Komen

  1. Azim Norazmi pada 28 Feb 2011

    Ada error kat app OnTime tu…

  2. Eizil pada 28 Feb 2011

    Menarik gak aplikasi yang dibina ni, KLFB kali ni tak dapat nak hadir sebab kekangan masa dengan pelbagai urusan.

  3. cddin pada 28 Feb 2011

    thanks for the review. Hope can join KLFB hackathon again in the future.

  4. Taufik Mansor pada 28 Feb 2011

    ade error… LOL

  5. Sham Hardy pada 28 Feb 2011

    eik? ko datang ker?

  6. din je pada 28 Feb 2011

    Reacquaintor tu khai yg buat ke?

    • Aman pada 28 Feb 2011

      tak. demo jer.

      • Taufik Mansor pada 28 Feb 2011

        mustahil la kalau khai yang buat….. hehe :D

        • rognales pada 04 Mar 2011

          Owh itu ke rupa si Khai the great.

  7. Beyta pada 28 Feb 2011

    wuu.. hebat2…


Trackbacks/Pingbacks

  1. Facebook Developer Garage – Kuala Lumpur, Pixel 4?
  2. [info] : Mari mencuba Applikasi daripada Facebook Developer Garage Malaysia | BEYTA

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader