10Feb

Android 2.3.3 Menumpukan Perhatian Pada Fungsi NFC

Google, Sumber Terbuka

Walaupun sehingga kini, Android 2.3 Gingerbread masih belum diperkenalkan kepada keseluruhan pengguna Android seluruh dunia, Google masih giat membangunkannya, dan terkini versi baru Android 2.3.3 membawakan sokongan NFC yang dipertingkatkan berbanding sebelumnya.

NFC (Near-Field Communication) merupakan salah satu teknologi baru yang kian diperkatakan akhir-akhir ini. Google mula menambah fungsi tersebut pada Android 2.3 Gingerbread, dan merupakan antara yang terawal menyokong fungsi tersebut.

Melalui fungsi NFC, ianya membolehkan para pengguna Android berhubung dengan sistem berasaskan NFC yang lain dengan mudah, dan pantas. Selain daripada itu, Google juga diura-urakan sedang membangunkan sistem pembayaran berasaskan NFC.

Kemaskini Android 2.3.3 ini membawakan sokongan NFC yang dipertingkatkan, selain menambah fungsi API untuk membaca dan menulis NFC, yang mana menyokong sepenuhnya pelbagai tag standard NFC yang digunakan buat masa ini.


Beta Terbaru Chrome Makin Menarik dan Laju
Halang Laman Spesifik Dari Hasil Carian Google Dengan Mudah
Tiada Samsung Galaxy S2 Sehingga Bulan Jun
Google Menguji Fungsi Tatal Infiniti Pada Halaman Keputusan Carian
Toshiba Bakal Melancarkan Tablet 13-inci Pada Bulan Jun Kelak

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader