09Feb

Android 2.4 Gingerbread Pada Bulan April?

Google

Selain daripada Android Honeycomb, kini ianya mula diperkatakan yang mana Google juga sedang menyediakan kemaskini kepada Android 2.3 akan diperkenalkan sekitar bulan April ini, membolehkan para pengguna telefon pintar single-core menggunakan aplikasi Honeycomb.

Ianya diperkatakan, versi baru ini akan menggunakan angka versi Android 2.4, dan ianya hanyalah kemaskini untuk Gingerbread, dan bukan akan dipanggil Ice Cream seperti diperkatakan sebelum ini.

Buat masa ini, ianya diketahui yang mana kemaskini 2.4 ini hanya akan membolehkan para pengguna perantian Android single-core untuk menikmati dan menggunakan aplikasi yang dioptimasikan untuk Honeycomb (dual-core) dengan mudah.

Pada masa yang sama, ianya juga diperkatakan yang mana Android Ice Cream akan menggunakan angka versi 3.1, dan masih ditujukan kepada pengguna tablet, dan masih tidak diketahui berkenaan untuk pengguna telefon pintar.

Namun begitu, segala ura-ura ini masih tiada komen rasmi daripada Google buat masa ini, bermakna segalanya mungkin berubah pada bila-bila masa sahaja.


Aplikasi Android Melangkaui Angka Aplikasi iOS Menjelang Ogos?
ChromeBook CR-48 Dengan Lebih Dekat
Google Dan Tourism Malaysia Ingin Ketahui Lokasi Pertama Street View Malaysia Yang Diinginkan
Kini Anda Boleh Bermain Permainan Arked Pada Chrome Melalui Sokongan MAME
Aplikasi Rasmi Untuk FormSpring Dilancarkan Untuk Android

2 Komen

  1. alisabki pada 09 Feb 2011

    Ice Cream kemungkinan akan diserap ke Gingerbread bersama beberapa fungsi yang dapat sokong apps honeycomb…

  2. Juan pada 10 Feb 2011

    xperia x10 xder da ker 2.2. ker memang stuck kat 2.1 jer, sedih tol


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader