24Feb

Apple Memperkenalkan Keluarga Baru MacBook Pro

Apple

Seperti yang dinantikan oleh para peminat MacBook, Apple akhirnya telah pun secara rasminya memperkenalkan keluarga baru untuk MacBook Pro, dimana versi kemaskini ini membawakan cip pemprosesan terkini daripada Intel, iaitu Intel Sandy Bridge Core i5 dan juga Core i7.

Selain daripada itu, Apple juga mengantikan kad grafik padanya dengan grafik AMD Radeon HD 6000M, serta membawakan kamera HD untuk FaceTime, bersama-sama dengan sokongan Thunderbolt yang dibawakan oleh Intel. Buat masa ini, harga untuk MacBook Pro dan laman Apple Malaysia untuk MacBook Pro masih lagi belum dikemaskini sepenuhnya. Mungkin harga rasminya untuk tempatan akan diketahui seawal esok.

Kemaskini : Penjual rasmi Apple di Malaysia, Switch telah mula menerima tempahan untuk MacBook Pro yang baru.


Harga dan Spesifikasi MacBook Pro Baru [via]


Aplikasi iPad Untuk The Star Di Lancarkan Secara Rasmi
Adakah DiGi Akan Membawa Masuk iPad 2?
iPhone 4 Putih Akan Dilancarkan Pada 26 April Ini?
Apple Mendapatkan Paten Papan Kekunci Maya Untuk Desktop Dan Peranti Lain
Laman iCloud.com Dibuka Kepada Semua Pengguna

9 Komen

  1. syahrilhafiz pada 24 Feb 2011

    pergh…nak satu..
    aman tambah 1000 kat aku, terus ankat.amacam? ekeke

  2. aleesha pada 24 Feb 2011

    boleh tahan murah jgk…heehhe..tapi ntah bila dapat merasa pakai macbook nie..heee

  3. Irwan pada 25 Feb 2011

    akan ku beli yang paling murah tu.. hehe :)

  4. SJ pada 25 Feb 2011

    mahal

  5. ekspresiruang pada 25 Feb 2011

    pergh 13″ pon dh dkt RM5k??? taraf aku ni acer je. huhu

  6. Roslan Nazri pada 26 Feb 2011

    nanti gua sambar sebijik..kah3

  7. steady eddie pada 27 Feb 2011

    uihhh harganya..memang yg terbaik..ahahaha

  8. Taufik Mansor pada 01 Mar 2011

    mac book pro x mahal sebenarnya…. cuma matawang malaysia je masih di takuk lama… pastu cukai lagi.. mana x mahalnya….

    • rasid pada 01 Mar 2011

      barang komputer tiada cukai. lol


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader