01Feb

Chromium Mencapai Angka Versi 11

Google, Perisian

Dengan pembangunan Chrome yang amat drastik, kini versi pembangunannya sudah pun mencapai versi 11, dimana anda boleh memuat-turunnya sebagai Google Chrome Canary, ataupun sebagai Chromium 11, sementara versi stabilnya masih lagi versi 8, dan Chrome 9 Beta sedia diuji oleh semua pengguna.

Buat masa ini, ianya dijangka dimana Chrome 9 versi stabil akan menemui para pengguna seluruh dunia dalam jangka masa seminggu, dan Chrome 10 beta akan diperkenalkan tidak lama lagi kepada umum. Ianya juga masih tidak diketahui apakah fungsi baru yang akan dibawakan oleh Chrome 11 kelak.

Buat masa beberapa minggu ini, pembangunan Chrome akan menumpukan kepada penyelesaian pelbagai pepijat pada Chrome Canary 11, sebelum ianya diperkenalkan kepada saluran pembangun. Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak kisah akan kestabilan dan ingin menguji versi 11 pelayar web Google ini, anda boleh memuat-turun Chrome 11 samaada versi Canary ataupun Chromium, dan menggunakannya hari ini.


Infografik : Sejarah Android Dari Dulu Hingga Sekarang
BlueStacks Membawakan Lebih 400,000 Aplikasi Android Ke Windows 8
Google Mengemaskini Rekabentuk Antaramuka Google+ Circles
Koleksi Idea Gila-Gila Daripada Google Untuk Tahun 2012
Google Memilih Samsung Untuk Mengeluarkan Peranti Nexus Generasi Baru?

1 Komen

  1. syafiq.net pada 02 Feb 2011

    aku tak update lagi. sebab aku pun sekarang dah mula kurang guna chrome sebab beberapa perkara. terutamanya masalah daripada layout yang kadang2 ok kadang2 tak.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader