Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu perkara yang dinantikan oleh para pendengar Oh!Media FM adalah kebolehan untuk memainkan radio atas talian mereka terus daripada aplikasi dan perisian sedia ada pada desktop mereka, sekaligus mengelakkan keperluan untuk membuka tab berasingan pada pelayar web mereka.

Kini, anda boleh membuat perkara tersebut dengan mudah, walaupun ianya masih lagi belum diperkenalkan secara rasminya oleh pihak Oh! Media. Memandangkan Oh! Media FM menggunakan pelayan shoutcast, maka kebanyakkan aplikasi yang memainkan media pada desktop anda, termasuk Windows Media Player, VLC, Winamp, dan sebagainya boleh memainkannya terus, tanpa perlu anda ke laman rasmi Oh! Media.
Untuk mendengarkannya terus, anda hanya perlu memuat-turun fail *PLS dibawah, dan seterusnya membukanya terus melalui perisian media anda. Menariknya, anda bukan sahaja boleh mendengar pada kualiti yang amat menarik sama seperti biasa, tetapi, anda juga boleh ketahui nama lagu yang sedang dimainkan dengan mudah dan pantas.
Oh! Media FM.plsDibuang atas permintaan pihak Oh!Media.
19 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Haha
Baru jek tanya pasai benda ni
TQ Aman
act, da try da..lambat 2 sec..so kalau combine bunyi cam berdengung..btw, mesti x perfect lg kn
ak paham..keep it up..ak dgr pakai itunes..best~
mmg best leh dengar dr desktop…bagus jugak siap ada nama lagu dipaparkan…keep it up ^^)b
nice
dengar kat winamps pun boleh
atau disini http://184.106.183.193:8000/;stream.mp3
add network stream/add url.
tenet stream slow la pulak..asyik lag je T.T
Caiyolah OM!
Kalo bleh, wat tazkirah sekali.
ps : Borang nk apply jd DJ x kuar ke??
try dengar ohmediafm kat GOM Player, ok, no problem, cuma dia tak kuar nama lagu yang tengah dimainkan, yang ada cuma nama url yang tertera kat atas player itu jer, seperti ini: http://184.106.183.193:8000
best, aman. be 1st to hear oh media fm..
dengar Hot FM lagi syok… :p
tp confirm anda akan mendengarkan ohmedia FM juga non-stop.. semua pun tahu siapa anda..
Apa kes bukak je terus lagu Justin Bibir? Huuu..
terima kasih kpd yg share ip radio tu.
saya guna Screamer Radio.
letak url, terus main..
bole rakam lagi.
selamat mencuba..
eh eh eh!!!lembappssss nyer aku.baru tahu mende ni.hahahahahaha. nak nak nak dengar!!!wohoooo
syokkk…dengar guna radio tray 0.6 @ ubuntu 10.10
canggih gak. pasni boleh la wat aplikasi iphone sekali..hehe
besh giler…muahhh
halooooo
hye semua………