Cari @ Amanz

Perkara yang dimulakan dengan cabaran yang ditinggalkan pada kotak jerit, kini seperti telah melarat, dan pihak pentadbir Devilzc0de mengambil langkah awal dalam mendamaikan perkara ini, dengan mengantikan kotak jerit itu kepada yang lain, selain meminta maaf diatas tindakan dan kesan daripadanya.

Kejadian ini seperti disaksikan oleh pihak ketiga yang mana ingin melihatkan kedua-dua pihak bergaduh, dengan meninggalkan pelbagai mesej cabaran dan sebagainya pada kotak jerit di laman Devilzc0de, yang awalnya digunakan sebagai buku tamu. Selain daripada itu, sejak kejadian yang kedua, pelbagai mesej cacian dan sebagainya ditinggalkan dilaman Devilzc0de.

Kini, mungkin kita dapat melihat perdamaian antara kedua pihak, dan ianya diminta supaya para pengguna Malaysia tidak lagi menyalahgunakan internet dan platform yang disediakan untuk mencabar dan membuat perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd