14Feb

Devilzc0de Inginkan Malaysia Dan Indonesia Berdamai

Sekuriti

Perkara yang dimulakan dengan cabaran yang ditinggalkan pada kotak jerit, kini seperti telah melarat, dan pihak pentadbir Devilzc0de mengambil langkah awal dalam mendamaikan perkara ini, dengan mengantikan kotak jerit itu kepada yang lain, selain meminta maaf diatas tindakan dan kesan daripadanya.

Kejadian ini seperti disaksikan oleh pihak ketiga yang mana ingin melihatkan kedua-dua pihak bergaduh, dengan meninggalkan pelbagai mesej cabaran dan sebagainya pada kotak jerit di laman Devilzc0de, yang awalnya digunakan sebagai buku tamu. Selain daripada itu, sejak kejadian yang kedua, pelbagai mesej cacian dan sebagainya ditinggalkan dilaman Devilzc0de.

Kini, mungkin kita dapat melihat perdamaian antara kedua pihak, dan ianya diminta supaya para pengguna Malaysia tidak lagi menyalahgunakan internet dan platform yang disediakan untuk mencabar dan membuat perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya.


Halaman Facebook Linda Onn Dan Heliza Helmi Turut Diceroboh
Kumpulan Pengodam Ingin Menyerang Halaman Portal Kerajaan
Rais : Sebanyak 198 Web Kerajaan Telah Digodam
Lowyat.net Diserang DDOS - Lagi Sekali
Portal Rasmi Jabatan Pelajaran Kedah Digodam

15 Komen

  1. chidori pada 14 Feb 2011

    bagus2

  2. angl3c0d3 pada 14 Feb 2011

    itulah yang terbaik,kita serumpun,kenapa perlu bermusuh?

  3. mrkay pada 14 Feb 2011

    ini berita yg bagus. boleh bergabung utk tingkatkan mutu keselamatan web dan juga ilmu 2-2 pihak.

  4. xanos pada 14 Feb 2011

    bgs2… :)

  5. aleesha pada 14 Feb 2011

    itu yang terbaik.

  6. Taufik Mansor pada 14 Feb 2011

    bagus la tu :)

  7. permata pada 14 Feb 2011

    dekat TBD ader psal bende nie..
    masokis bnyk menbantu..

  8. suffer8zine pada 15 Feb 2011

    diharap segala yg berlaku menjadi pengajaran,

  9. petimati pada 15 Feb 2011

    lebih baik kita bersatu.. mari kita belajar bersama

    • M pada 16 Feb 2011

      terima kaseh om peti..
      DC..r0x!

  10. Pemerhati pada 15 Feb 2011

    Jangan pandai2 nak guna perkataan Malaysia dan Indonesia. Website yang kena godam adalah 1Malaysia yang tidak mewakili seluruh puak di Malaysia. Devilzcode hanya boleh godam website yang mana adminnya bodoh (1malaysia) atau pemalas(website kerajaan).

    • Pemerhati pada 15 Feb 2011

      Puak2 bukan generasi biru tidak pernah tunduk dengan ancaman penggodam dari indonesia. Baru kena godam sikit dah mengalah. Betapa lemahnya puak2 biru ni hahaha… Kamu puak biru jangan menconteng arang ke muka puak lain. Kalau kamu tunduk, jangan dakwa semuanya tunduk. hanya puak kamu sahaja yang tunduk.

  11. MedusaCR7 pada 16 Feb 2011

    suka perkataan ni >> kotak jerit.. huhuhu ^^

  12. shah RileksCrew pada 17 Feb 2011

    Damai itu indah..learn and learn :o )

  13. Artgeex pada 18 Feb 2011

    walaupun apa yang pemerhati cakap ada betulnya, but still, macam la hidup ni berkisar di internet saja nak tunduk, nak bangkit, nak mengalah saja. Banyak lagi benda boleh dibuat di luar dari dunia cyber ni. Tak payah nak serius sangat


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader