01Feb

Facebook Bakal Memperkenalkan Platform Komen Yang Baru?

Web 2.0

Facebook kini diura-ura akan memperkenalkan platform komen, sekaligus kelak akan bersaing dengan beberapa perkhidmatan sedia ada yang lain, termasuk Intense Debate dan juga Disqus. Selain daripada itu, Facebook juga diperkatakan akan bekerjasama dengan beberapa media internet dalam menggunakan platform mereka ketika pelancarannya kelak.


Fungsi Threaded Pada FB Comments

Menariknya, platform komen itu kelak akan membolehkan para pengguna log masuk menggunakan akaun Facebook ataupun Twitter, selain membawakan fungsi komen secara threaded, dan juga kebolehan untuk “Like” sesuatu komen itu. Pada masa yang sama, komen juga di-sync antara Facebook Page dan juga laman yang memaparkan komen tersebut, sekaligus membolehkan komen yang dihantarkan pada Facebook Page diperlihatkan pada halaman web berkenaan.

Buat masa ini, ianya masih lagi pada peringkat ujian, dan platform baru ini tidak diketahui bilakah akan diperkenalkan. Namun begitu, anda masih boleh mencuba fungsi komen Facebook pada laman lain dengan beberapa plugin sedia ada, termasuk untuk WordPress dan yang lain, sementara platform yang baru belum diperkenalkan.


250 Juta Pengguna Menggunakan FB Connect Setiap Bulan
Twitter Mengumumkan Perkhidmatan Perkongsian Gambar Rasmi
Kesemua Fail Di MegaUpload Akan Dipadam Dalam Beberapa Hari Lagi?
Pengguna HTCSense.com Diberikan Tempoh Sehingga 30 April Sebelum Data Dipadam
Halaman Twitter Mobile Diberikan Nafas Baru - Kini Lebih Pantas

3 Komen

  1. Wan Perlis pada 01 Feb 2011

    kita tunggu dan lihat

  2. Jebat Malaya pada 01 Feb 2011

    pergh… hebat gila… fb ni memang luas ah dia punya kawasan dalam internet.. segala benda datang dari fb…

  3. anip pada 01 Feb 2011

    wah, macam cool je, heheh, tp kalau lmbt x best juga hehehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader