06Feb

Facebook Berumur 7 Tahun

Web 2.0

Facebook yang diperkenalkan buat pertama kalinya di Universiti Harvard pada 2004 yang lalu kini telah menjadi suatu fenomena yang besar diseluruh dunia, selain turut difilemkan kisahnya, dan Mark Zuckerberg sendiri telah menjadi individiu pilihan tahunan oleh Majalah Time.

Buat masa ini, Facebook sedang menghampiri angka 600 juta pengguna, dimana, para pengguna Facebook di Malaysia sedang menghampiri angka 10 juta. Facebook sememangnya telah menjadi salah satu destinasi utama para pengguna tempatan, dimana kini Facebook menduduki taktha pertama, laman web paling popular di Malaysia dan dunia.

Selain daripada itu, penambahan Facebook Messages yang baru, membolehkan para pengguna menerima emel terus pada Facebook, selain ianya juga kini diperkatakan yang mana Facebook sedang menguji panggilan video pada laman mereka.

Tahun 2011 mungkin akan melihat Facebook terus berkembang maju, dan mungkin banyak syarikat akan diambil-alih dan dibeli oleh mereka, dalam usaha untuk mendapatkan tenaga kerja yang berkualiti dan berkebolehan tinggi.


Facebook Melancarkan Fungsi Tag Status
Twitter Menguji Fungsi Seumpama Mutual Friends Di FB
MyEmail Turut Membawakan Marketplace Dan Integrasi Rangkaian Sosial
TV Al-Hijrah Kini Turut Menawarkan Siaran Saluran Melalui Web Rasmi
MediaFire Memperkenalkan Rekabentuk Dan Antaramuka Baru Laman

11 Komen

  1. aktechpage.com pada 06 Feb 2011

    Facebook juga boleh dijadikan alat berkongsi ilmu dan info.
    Gunakanlah Facebook secara bersederhana dan jangan terlalu obses… heheh

  2. suffer8zine pada 06 Feb 2011

    diam x diam dah 7 tahun

  3. Wan pada 06 Feb 2011

    laman web popular di dunia?check alexa tadi facebook no2, no1 google

    • Azree Hanifiah pada 06 Feb 2011

      Sekiranya nombor 2 pun tetap dikira popular.

      • Taufik Mansor pada 06 Feb 2011

        Nasib Facebook akan seperti myspace pada 10 tahun akan dtg :D

        • wafifafafif pada 09 Feb 2011

          betul tu dulu myspace pown mcm tu jugak dah popular then semua hancur haha , di sebab kerja yang keras tu tak memberi hasil langsung. kesian tom :(

          • Zul Fadli pada 09 Feb 2011

            simpati dekat Tom ,

  4. Nestle Profiler pada 06 Feb 2011

    Facebook mencipta fenomena yang begitu mengagumkan. Kebaikan yang dibawa oleh Facebook memang tak dapat dinafikan lagi. Apa-apapun, Facebook juga mempunyai inpak negatif kepada masyarakat dunia. Tepuk dada tanya iman. Kita yang membuat pilihan!

  5. Lina pada 09 Feb 2011

    Selalu lepak facebook main zynga poker jer :P

  6. cikgu faezah pada 10 Feb 2011

    kiranya cam dah tua jugaklah facebook ni yer..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader