24Feb

FaceTime Untuk Mac Mencapai Versi Stabil, Berharga $0.99

Apple, Perisian

Setelah menguji versi beta untuk FaceTime pada Mac, kini Apple secara rasminya mengeluarkan versi akhir FaceTime untuk para pengguna Mac, dimana kini semua pengguna Mac dan iOS boleh melakukan panggilan video dengan mudah dan percuma melalui perantian mereka.

Walaubagaimanapun, berbeza dengan aplikasi FaceTime yang ditawarkan secara percuma untuk para pengguna iOS, FaceTime untuk Mac dijual oleh pihak Apple pada harga $0.99 dan boleh didapati terus melalui Mac App Store. Perkara ini mungkin kerana para pengguna Mac boleh menikmati panggilan video pada skrin besar dengan lebih mudah dan senang. Dan memandangkan panggilan yang dilakukan adalah percuma, ianya bukanlah suatu perkara yang besar.


Lupakan Firefox 3.1, Kini Firefox 3.5
Saluran Pembangun Chrome Dikemaskini Kepada Versi 12
Apple Tutup Pengeluaran Di China - Buka Kilang Di Perlis
(Videografik) iPad Dan Kejayaannya Sejak Dilancarkan
Kaspersky : Apple Masih Sedekad Dibelakang Microsoft Dari Segi Sekuriti

1 Komen

  1. Zahari pada 26 Feb 2011

    Tengah tunggu iPad /w FaceTime


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader