25Feb

Fungsi Baru Mac OS X Lion Diperlihatkan

Apple

Dengan tinggal beberapa bulan lagi sebelum Mac OS X 10.7 Lion dilancarkan secara rasmi, kini Apple telah pun melepaskan versi pembangunan pertama kepada saluran pembangun, membolehkan para pembangun menjadikan aplikasi mereka mesra Mac OS X 10.7. Selain daripada itu, beberapa fungsi baru Mac OS X Lion turut diperlihatkan oleh Apple.

Antara perkara baru adalah termasuk versi baru untuk Mail, yang mana membawakan antaramuka yang lebih elegan, bersama-sama dengan rekabentuk yang menyerupai iPad. Mail yang baru juga bakal membawakan sokongan untuk Microsoft Exchange 2010, bersama-sama dengan fungsi carian yang lebih bagus untuk memudahkan anda mencari emel dan dokumen dengan mudah dan pantas.

Fungsi AirDrop juga akan diperkenalkan, membolehkan para pengguna menyalin fail dan dokumen daripada satu Mac kepada yang lain dengan pantas dan mudah. Selain daripada itu, Apple juga akan memperkenalkan Resume, yang akan membawakan semua aplikasi yang anda gunakan sama seperti apa yang anda tinggalkan ketika anda mulakan semula Mac ataupun menutup dan membuka kembali sesuatu aplikasi.

Apple juga akan memperkenalkan Mac OS X Lion Server, dimana melaluinya anda boleh menguruskan sesebuah server dengan mudah, serta membawakan sokongan pengurusan perantian iOS dan Mac OS X Lion dengan mudah. Mac OS X Lion juga dijangka bakal membawakan pelbagai perkara baru yang lebih menarik lagi pada pelancarannya kelak.


iPad 2 Bakal Di Lancarkan Bulan Januari 2011?
Infografik : Perbandingan Pengguna iOS Dan Android
Pelan Apple iPhone 4S Daripada Maxis Diperlihatkan
Apple Bakal Mengumumkan iPad 3 Pada Minggu Pertama Bulan Mac?
AppleTV Dikemaskini Dengan Sokongan iCloud Dan HD Penuh

3 Komen

  1. lucidlynx pada 25 Feb 2011

    nak blii 1 t la…..

  2. Khai pada 25 Feb 2011

    Awesome Jobs!

  3. Zahari pada 26 Feb 2011

    Ura-uranya fungsi server dalam Lion Server akan digabungkan sekali ke dalam OS X Lion. Jadi akan hanya ada satu pakej OS X. Pengguna cuma perlu pilih untuk mengaktifkan fungsi server tersebut atau tidak.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader