15Feb

Gambar Awal Telefon Facebook HTC Kelihatan

Gajet, Web 2.0

Sebelum ini, pelbagai ura-ura telah kedengaran berkaitan dengan pembangunan telefon pintar Facebook oleh HTC. Menariknya, kini gambar-gambar awal untuk dua perantian Facebook daripada HTC mula kelihatan masing-masing dipanggil HTC ChaCha dan HTC Salsa.

Kedua-dua perantian ini menggunakan Android 2.4 sebagai sistem operasi mereka, dimana HTC ChaCha membawakan skrin seluas 2.6inch dengan papan kekunci QWERTY fizikal, manakala HTC Salsa pula membawakan skrin sentuh seluas 3.4i-inch.

HTC dikatakan telah bekerjasama bersama-sama dengan pihak Facebook untuk beberapa tahun, dimana fungsi sosial Facebook telah diintegrasikan sepenuhnya pada telefon tersebut. Para pengguna boleh terus berkongsi sebarang gambar yang dirakamkan dengan tekan pada butang logo “F”, dimana ianya akan dikongsikan secara automatik ke Facebook mereka. Selain daripada itu, butang “F” tersebut juga boleh digunakan untuk berkongsi pelbagai perkara yang lain.


HTC Salsa [via]


HTC ChaCha [via]

Kedua-dua perantian ini dijangka akan mula dijual pada suku tahun kedua tahun ini, dimana harganya masih belum diketahui lagi buat masa ini.

Tips daripada @Obefiend. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus di Twitter atau emelkan kepada media(a)amanz.my


Malaysia Dan Teknologi Sepanjang Tahun 2009
Facebook Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru?
Flvrd Terpilih Untuk Menyertai Startup Chile
Codecademy Memperkenalkan Editor Berasaskan Web Untuk JavaScript, Python Dan Ruby
(Video) Telefon Pintar Digunakan Sebagai Ganti Kepada Komputer Desktop

7 Komen

  1. khairil pada 15 Feb 2011

    LoL HTC ChaCha dan HTC Salsa..buruk giler nama..lepas ni HTC Agogo pulak pe :P

    • NoktahHitam pada 15 Feb 2011

      Salsa dan ChaCha adalah jenis tarian rancak. Buruk sebab kite je rase buruk, org spanish dan eropah rasakan ini rancak. Mungkin ko tak pernah try nari 2-2 ni kot, so tak sure.

  2. aizuddin pada 15 Feb 2011

    htc kak limah bila lak nak ade ni

  3. Ali ridha pada 15 Feb 2011

    bubur cha cha mari kita makan.
    kena tunggu keluar dulu.dengar apa
    kata pengguna.baru la beli.

  4. NoktahHitam pada 15 Feb 2011

    Aku minat ChaCha tu!

  5. hanep pada 17 Feb 2011

    ChaCha tu macam best je. qwerty android.
    Salsa punya design amik dari HTC legend, so xde kelainan sgt

  6. Richie pada 28 May 2011

    chacha macam bb curve je.. haha.. ringan tak?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader