03Feb

GengBlogger Bakal Menggantikan Facebook Connect Dengan Akaun Twitter

Web 2.0

Dengan para pengguna yang sering memperkatakan masalah untuk log masuk ke laman GengBlogger menggunakan Facebook Connect, kini pembangunnya sedang dalam perancangan untuk mengantikan cara daftar masuk ke laman tersebut, dimana sebagai ganti kepada Facebook Connect, akaun Twitter akan digunakan.

Seperti sedia maklum, antara laman ping yang dibangunkan oleh GengMedia yang menggunakan akaun Twitter untuk daftar masuk adalah SelangorBloggers dan KelantanBloggers. Mungkin teknologinya akan diintegrasikan pada laman GengBlogger, sekaligus memudahkan daftar masuk ke laman GengBlogger.

Buat masa ini, masih tidak diketahui bagaimanakah transasi akan dilakukan, dan bilakah ianya akan dilaksanakan pada laman GengBlogger.com.


1Tube Mula Menawarkan Ganjaran Untuk Menarik Pengunjung
WordPress 3.3 Mungkin Memperkenalkan Kemaskini Automatik Seumpama Chrome
Facebook Membolehkan Para Pengguna Mencadangkan Info Kepada Facebook Page
TeratoTech Melancarkan Buku Pendidikan - First Words For Geeks
Facebook Kini Mempunyai Lebih 901 Juta Pengguna Aktif

5 Komen

  1. Ezany-Kun pada 03 Feb 2011

    bagus la.. lagi cpt lagi bgs.. sbb aku dah deactivate facebook.. tp rasanya mcm dah jarang gak ping entri kat gb..

  2. Omar pada 03 Feb 2011

    lagi bagus kalau dia delegation dengan Gmail, Yahoo, dan Windows Live Mail.. sebab, bukan semua orang ada Twitter.. kekadang, ada blog, tapi takde twitter.

  3. Ali ridha pada 03 Feb 2011

    sekarang aku dah mula minat nak
    main Twitter…..bagus la geng blogger
    buat begitu…..nanti laman ping malaysia
    ikut sama tau.heee~

  4. suffer8zine pada 03 Feb 2011

    tapi lagi bagus kalau boleh connect guna dua2 social network tu, mean boleh connect dgn fb or dgn twit, setakat ni GengMedia guna connect twitter pada ping site selangorblogger, kelantanblogger dan johoreanblgger

  5. Wan Perlis pada 05 Feb 2011

    sapa yg xda twitter kena reg la pasni


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader