17Feb

Google Akan Melancarkan “Google Music” Bersama Kemaskini Android

Google

Salah satu aplikasi web yang dinantikan sekian lama adalah Google Music. Kini, ianya mula diperkatakan yang mana Google Music mungkin akan diperkenalkan bersama-sama dengan pelancaran Android 3.0 Honeycomb. Perkara ini disahkan oleh Motorola, dimana mereka memperkatakan yang mana kemaskini Android tersebut kelak akan disertakan bersama-sama dengan perkhidmatan muzik.

Perkara berkaitan dengan Google Music ini telah kedengaran untuk beberapa masa, dan akhir-akhir ini, beberapa info berkaitan perkhidmatan alternatif iTunes itu kelihatan bersama-sama dengan Android.

Sebelum ini, Google telah membeli Simplify Media yang membolehkan para pengguna memainkan muzik melalui pelbagai perantian dan platform, termasuk secara terus daripada web. Pada ketika pengambil-alihan tersebut, Google pernah memperkatakan yang mana teknologi Simplify Media akan digunakan dalam aplikasi desktop, membolehkan akses remote kepada muzik.


Maxis Bakal Membawa Masuk HTC Desire
Antaramuka Baru Android Honeycomb Di Perlihatkan
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 18 Ogos
Android Seterusnya Mungkin Akan Dikenali Sebagai Jelly Bean?
Google I/O Ditunda - Menjadi Tiga Hari - Lebih Banyak Produk Google Akan Diperkenalkan?

2 Komen

  1. NoktahHitam pada 17 Feb 2011

    NoktahHitam likes this!

  2. Azam pada 17 Feb 2011

    aku dah try honeycomb music player….best dan best….


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader