Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Google Chrome 9 kini telah pun mencapai versi akhir dan stabil, dimana ianya telah diperkenalkan secara rasminya kepada semua pengguna pelayar web tersebut. Sebelum ini, pada awal minggu ini, pembangunan pelayar web tersebut telah pun mencapai versi 11, dan dijangka Chrome 10 Beta akan turut diperkenalkan dalam beberapa minggu.
Melalui Chrome 9, pelayar web yang kian meningkat naik ini membawakan fungsi Chrome Instant, sokongan WebGL untuk grafik web 3D, serta Chrome Web Store yang disokong sepenuhnya. Para pengguna Chrome tidak perlu risau, memandangkan ianya akan dikemaskini secara automatik untuk anda, dan mungkin anda akan mula melihat halaman utama berbeza dengan memperlihatkan ikon Chrome Web Store, dan dua aplikasi contoh pada halaman utamanya.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
woww..aq mmng pminat dan pengguna google chrome..mmng best..
tapi aku guna chrome mmg laju, sampai crash, adesss
masih setia dgn ff
ff still rawks.
yes…
just update to ver9…
feel no different with ver 8 beta…
Google Chrome tak best, selalu crash, sekarang pakai RockMelt, lagi best.
mana ade crash la….. aku peminat no1 chrome…. puncanya laptop anda yang kurang RAM…. fullstop….
google chrome aku pon crash.klu nk crte psl ram,laptop aku 4gb ddr3.dh try reinstall pn same jgk still crash.de try google chrome canary build tp mcm xbest je.