21Feb

Google Ingin Menghilangkan Bar Alamat Pada Chrome?

Google, Perisian

Seperti sedia maklum, Google sentiasa membawakan pelbagai kemaskini untuk pelayar webnya dengan amat pantas sekali. Setelah mempopularkan fungsi Omnibar, kini ianya diperkatakan yang mana Google mungkin akan membawakan perubahan besar dari segi antaramuka pada versi baru Chrome kelak.

Chrome Bar

Ianya diperlihatkan yang mana kelak, pada versi baru Chrome yang akan datang, Google mungkin akan menyertakan omnibar di dalam tab itu sendiri, sekaligus pengintegrasiannya akan menjimatkan lagi ruangan. Bar alamat itu dijangka akan diperlihatkan hanya sekiranya para pengguna sedang loading atau refresh semula halaman terbabit, dan setelah segala prosesnya selesai, ianya akan disorokkan.

Selain daripada itu, Google juga sedang menguji Chrome dengan pelbagai antaramuka yang lain, bersesuaian dengan pelbagai perantian pada masa kini, termasuk yang mempunyai skrin sentuh dan sebagainya.

Namun begitu, ianya masih tidak diketahui pada versi berapakah Chrome akan mula memperkenalkan fungsi ini, memandangkan ianya masih lagi pada peringkat konsep buat masa ini.


Google Memperkenalkan Format Imej WebP
Lebih Maklumat Berkaitan Perkhidmatan BlackBerry Music Kedengaran
Samsung Pure Breeze Memudahkan Pengurusan Dan Navigasi Aplikasi Pada Android
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 8 September
Microsoft Office Mobile Untuk Symbian Diperkenalkan - Sedia Untuk Dimuat-Turun

7 Komen

  1. Beyta pada 21 Feb 2011

    Yang tak best nya, smpai harini Google Toolbar tak support chrome…. tak pun sekurang-kurang nya diorang tambah kan lahh function Google Bookmark(GB) di Chrome… so xpayah lah nak kena import dr GB, lepastu export ke GB untuk update bookmark yg online…

  2. suffer8zine pada 21 Feb 2011

    wahhhh best je nmpk ni

  3. chidori pada 21 Feb 2011

    nice..

  4. hud misni pada 21 Feb 2011

    tp chrome asyik crash je..
    da tawar hati nk pkai chrome..
    pkai mozilla gak terbaek..

  5. cik pada 21 Feb 2011

    opera lagi best..terutamanya

    11.01

    ad semua feature yg ak

    walaupun no 2 laju lepas chrome

    tp chrome boring giler guna

    opera pown ada extension yg lbih advance dr firefox..try it..it worth

    lau dftr dlm laman sosial di myopera.com

    fulamak,boleh guna opera unite..
    skrg lau nk sesuatu lagu or apa2,boleh download terus dr komputer rakan opera unite kite..best

    skin dye pown best..boleh ubah jd transparent sesuai utk win7..

    go opera

  6. Ejon pada 22 Feb 2011

    ini ala2 mcm browser dalam android la eh.

    tp tu la kan. sedangkan ada tempat url pun, ada org bleh kena tipu mebeng2u palsu. pasni lagi senang la nak tipu

  7. RIS-FAMILI pada 22 Feb 2011

    Mana-mana pun ok kalau sesuai dengan fungsinya.
    Aku install keempat2 browser popular dan gunakan bila perlu.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader