01Feb

Google Membolehkan Penduduk Mesir Tweet Melalui Panggilan Suara

Google

Selepas Google membeli SayNow pada bulan lepas, kini Google menggunakannya kepada sesuatu yang amat baik sekali, dimana ianya kini membolehkan rakyat di Mesir menyampaikan mesej suara mereka kepada orang luar dengan mudah, tanpa sebarang talian internet.

Untuk menjayakannya, Google bersama-sama dengan Twitter telah bekerjasama dalam menyediakan perkhidmatan suara-ke-tweet, dimana para penduduk Mesir hanya perlu dial sebarang nombor antarabangsa yang disediakan (+16504194196 atau +390662207294 atau +97316199855), dan seterusnya meninggalkan pesanan suara. Seterusnya, pesanan suara anda itu akan di Tweet dengan pautan SayNow untuk mendengarnya.

Perkara ini juga pada masa yang sama amat membantu rakyat Mesir untuk menyampaikan mesej dengan mudah kepada orang luar, selain mana anda boleh mendengar semua mesej yang telah dihantarkan melalui akaun @Speak2Tweet di Twitter.


FeedBurner Di Integrasikan Bersama Analytics
Google Bakal Mengemaskini Halaman Utama Mereka?
Jenama Blogger Dan Picasa Akan Ditamatkan Google
Chrome Web Store Diberikan Nafas Baru - Kini Lebih Menarik Dan Mudah Digunakan
Chrome 17 Beta Boleh Membuka Laman Web Sebelum Anda Menaip Penuh URL Laman Web

7 Komen

  1. syafiq.net pada 01 Feb 2011

    banyak beb. sapa nak check satu2? mana tahu ada suara rakyat malaysia?

    • RIS-FAMILI pada 01 Feb 2011

      Tul tu syafiq. Tak termampu nak dengar kesemuanya sbb bukannya ada nama kat list tu.

  2. Ali ridha pada 01 Feb 2011

    suara rakyat bakal kedengaran lebih
    mudah.

  3. anip pada 01 Feb 2011

    cool, kalau macam ni boleh digunakan utntuk rkyat malaysia di mesir

  4. ekspresiruang pada 01 Feb 2011

    bgs teknologi ni. at least ada gk cara berhubung dgn student kt mesir

  5. rihays pada 01 Feb 2011

    Nice! kalau boleh buat voice-to-speech mcm cisco unity, it will be awesome.
    now terlalu general, nak buka satu2 sangat leceh.

  6. Eriyza pada 01 Feb 2011

    Caiyolah Google.
    Mmg sgt berguna tuk time² cenggini.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader