05Feb

Hashtag Pada Twitter Telah Dimulakan Pada Ogos 2007

Web 2.0

Kini, hashtag telah menjadi suatu fenomena, dimana bukan sahaja digunakan pada Twitter, tetapi juga pada pelbagai tempat lain dengan amat meluas sekali. Hashtag juga telah memudahkan kita mengikuti sesuatu topik itu dengan pantas dan senang. Tetapi tahukah anda bilakah hashtag ini telah dimulakan di Twitter?

Ianya diperkatakan yang mana hashtag pertama yang pernah dipergunakan adalah hashtag #barcamp pada bulan Ogos 2007 oleh Chris Messina. Untuk makluman semua, Barcamp merupakan salah satu acara yang membolehkan para hadirin membincangkan mengenai teknologi dan sebagainya dengan cara yang menarik sekali. Di Malaysia juga, terdapat beberapa Barcamp, termasuk Barcamp KL, Barcamp Melaka dan sebagainya.

Berbalik kepada topik, kini hashtag telah menjadi suatu fenomena yang besar, dimana setiap hari, hashtag baru akan menjadi salah satu topik terhangat di Twitter, selain para pengguna juga turut membawakan fungsi hashtag ke laman sosial yang lain dan turut mula dipergunakan dalam kehidupan harian yang lain.


how do you feel about using # (pound) for groups. As in #barcamp [msg]?less than a minute ago via PocketTweets


IdeaBuzz Membawakan Video Baru Setiap Isnin
Aplikasi Skype Untuk Android Di Lepaskan
Facebook Membolehkan Akaun Dipulihkan Melalui Bantuan Rakan
Facebook Chat Menguji Fungsi Sembang Secara Selari
Facebook Melancarkan Lebih 60 Aplikasi Untuk Timeline

2 Komen

  1. Wan pada 06 Feb 2011

    facebook x nak guna hashtag ka

  2. Ikhwan pada 07 Feb 2011

    Legend la mamat ni.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader