04Feb

Hotmail Memperkenalkan Fungsi Alias

Microsoft

Sedikit demi sedikit, Microsoft sedang menaik-taraf perkhidmatan emel mereka, supaya setaraf dan lebih berguna berbanding penyedia emel yang lain. Terkini, Microsoft memperkenalkan sokongan emel aliases, membolehkan anda mengasingkan emel dengan mudah sekali.

Fungsi ini bukanlah sesuatu yang baru didunia internet, dimana melalui GMail (dan Hotmail), anda boleh membuat fungsi seumpamanya, dengan penggunaan simbol “+” (contoh : emel utama mungkin contoh@gmail.com, dan anda boleh asingkan dengan penggunaan contoh+facebook@gmail.com, contoh+bayaran@gmail.com dan sebagainya). Namun begitu, penggunaan simbol “+” dilihat seperti mungkin tidak bersesuaian, dan Microsoft membolehkan anda memilih alamat yang lain dengan mudah sekali.

Kini, melalui Hotmail, para pengguna boleh membuat alamat emel tambahan, (contoh : alamat emel utama mungkin contoh@hotmail.com, dan anda boleh membuat akaun contohkedua@hotmail.com dengan mudah). Selain daripada itu, anda juga boleh membalas kepada emel menggunakan alamat yang ianya dihantar kepada, dan anda tidak perlu risau untuk menghantar sebagai siapa (emel mana).

Buat masa ini, Hotmail membolehkan anda membuat sehingga lima emel alias setahun, dan menyokong sehingga 15 alias keseluruhannya, sekaligus membolehkan anda menguruskan emel dengan lebih mudah, tanpa perlu memberikan alamat emel sebenar anda.


Pandang Pertama Windows 7
Cuba Expression Web SuperPreview Sekarang
IE9 Preview 2 Di Lepaskan Microsoft
Paparan Skrin Aplikasi Moorea Pada Office 15 Kelihatan
Pemain Media Baru Pada Windows 8 Dengan Antaramuka Metro Diperlihatkan

2 Komen

  1. Zairi Zaidi pada 04 Feb 2011

    GMail is the best….

  2. Ali ridha pada 05 Feb 2011

    simbol tambah tolak pula dah.
    nanti senang sikit kerja
    cari emel ni.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader