04Feb

iOS 4.3 Bakal Dilancarkan Pada 13 Februari?

Apple

Kini, beberapa laporan mula memperkatakan yang mana Apple dalam persediaan akhir untuk melancarkan iOS 4.3, bersama-sama dengan fungsi hotspot peribadi padanya kepada umum, menjelang 13 Februari ini, iaitu pada minggu hadapan. Ianya juga turut diura-urakan yang mana mungkin Apple akan memperlihatkan iPad generasi kedua pada acara tersebut kelak.

Sebelum ini, Apple bersama-sama dengan Rupert Murdoch telah melancarkan aplikasi The Daily, yang mana membolehkan para pengguna membaca berita terkini terus daripada perantian iOS mereka. Menariknya, ianya mengenakan caj untuk langanan, dan aplikasi tersebut telah dilancarkan dengan kandungan percuma untuk dua minggu, sebagai percubaan untuk para pengguna yang ingin langgan aplikasi tersebut.

Pada masa yang sama, ianya juga diketahui yang mana iOS yang digunakan sekarang ini tidak menyokong fungsi belian dalam aplikasi, dan iOS 4.3 bakal membawakan fungsi tersebut. Jadi, kita boleh lihat Apple memperkenalkan iOS 4.3 dalam masa kurang 2 minggu, dan ianya diura-urakan yang mana Apple sedang bersedia untuk suatu acara pada 13 Februari ini.

Mungkin iOS 4.3 akan diperkenalkan pada 13 Februari ini, dan pada acara yang sama juga, ianya dijangkakan yang mana beberapa informasi berkaitan dengan iPad generasi kedua akan diketahui. Sama-sama kita nantikannya.


Apple Bakal Memperlihatkan Tiga Produk Baru
Prototaip iPhone Dengan Papan Kekunci Fizikal Sedang Diuji?
Aplikasi BBM Bakal Diperkenalkan Pada Android Dan iOS?
Apple Bakal Melancarkan Muzik Berasaskan Awan Sebelum Google Music
Kaspersky : Apple Masih Sedekad Dibelakang Microsoft Dari Segi Sekuriti

1 Komen

  1. Fazreen pada 04 Feb 2011

    Ternanti-nanti ipad 2.. harap dari segi design tak mengecewakan..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader