10Feb

iPad Generasi Ketiga Pada Bulan September 2011?

Apple

Walaupun iPad 2 belum lagi dilancarkan oleh Apple, kini timbulnya ura-ura dan tekaan memperkatakan yang mana iPad versi seterusnya selepas iPad 2, iaitu iPad generasi ketiga mungkin akan turut sama diperkenalkan pada tahun ini, iaitu seawal bulan September 2011 kelak.

Buat masa ini, spesifikasi berkenaan dengan iPad 2 masih belum diketahui sepenuhnysa secara rasminya, walaupun ramai yang telah mula memperkatakan yang mana ianya akan membawakan resolusi lebih kurang serupa dengan iPad sebelumnya, bersama-sama dengan kamera hadapan untuk FaceTime. Apple dijangka akan mengumumkan iPad 2 tidak lama lagi, dalam masa beberapa minggu, dan mulakan jualannya pada bulan April kelak.

Sselain daripada itu, Apple juga dijangka akan membawakan kemaskini untuk iPad generasi kedua ini, dengan sedikit penambahan, dan mungkin memperkenalkannya pada bulan September ini. Ianya mungkin tidak membawakan banyak perubahan, sebaliknya sedikit penambahan berbanding iPad 2.

Walaubagaimanapun, memandangkan ianya Apple, pelbagai perkara mungkin terjadi, dan mungkin ianya hanyalah ura-ura semata-mata, dan bukannya sesuatu yang benar.


Pengguna iOS Akan Membeli Lebih 61% Aplikasi Tahun Ini
Apple Diberikan Hak Cipta Untuk Nyah-Kunci Secara Sapuan
Apple Bakal Membawakan Sokongan Thunderbolt Pada Peranti iOS?
iPad 3 Dengan Cip Pemprosesan Empat-Teras Pada Bulan Mac?
Pengukur Pengecasan Bateri Pada iPad Baru Mungkin Tidak Tepat

3 Komen

  1. naz pada 10 Feb 2011

    vavi, nak tunggu iPad 2 keluar ke nak beli iPad sekarang?

  2. Zul Fadli pada 10 Feb 2011

    wow , iPad 2 , iPad sekarang ni pun x terbeli , ni kan pula yang k-2 , adess

  3. Lobam pada 12 Feb 2011

    Jangan kata 3..satu generasi pon belum pernah beli lagi..mahal gilos..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader