15Feb

iPhone Versi Mini Bersaiz Separuh iPhone 4 Akan Diperkenalkan?

Apple

Ianya kini seperti disahkan yang mana Apple sedang membangunkan generasi baru iPhone yang mana lebih kecil dan murah, dan dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi. Wall Street Journal melaporkan yang mana telefon pintar iPhone baru itu akan bersaiz separuh daripada saiz iPhone 4.


Gambar Hiasan [via]

Pada masa yang sama, ianya juga dijangka akan dijual pada harga separuh daripada harga semasa iPhone sekarang ini. iPhone versi mini ini juga dijangka akan menggunakan perkomputeran awan untuk beroperasi, atau lebih tepat lagi, MobileMe, yang mana akan digunakan untuk menyimpan beberapa info, termasuk gambar, muzik, dan juga video, serta sekaligus menjadikan memori tidak begitu penting untuk telefon tersebut.

Walaubagaimanapun, seperti kebiasaan, Apple masih tidak berikan sebarang komen berkaitan dengan perkara ini, dan masih menjadi ura-ura. Mungkin kita akan mendengar mengenainya tidak lama lagi daripada pihak Apple sendiri.


iPhone Generasi Baru Seawal 16 Ogos?
iOS Dan Mac OS X Mungkin Disatukan Seawal 2012?
Perbandingan Antara Tablet Windows 8 Dan iPad iOS 5 Diperlihatkan
Keupayaan Kamera iPhone 4S Dan Canon 5D MKII Dibandingkan
Kaspersky Melaporkan OS X Akan Lebih Kerap Diserang Malware Pada Tahun Ini

5 Komen

  1. Ejon pada 15 Feb 2011

    wow. bleh la pakai iphone pasni

  2. NoktahHitam pada 15 Feb 2011

    mati laa data plan. Battery pon cepat kiok kalau semua nak over the cloud.

  3. Bob pada 15 Feb 2011

    dia punya kebod sama besar ka? kenit kemetot mau menekan nanti.

  4. Syed pada 15 Feb 2011

    Amanz mohon copy arikel ko eh.. ak tarok link blog ko nanti.. thx..
    sharing is caring.. pas ni boleh la pakai iphone nano.. xla mahal gila macam harga iphone skrg ni..

  5. Loq pada 15 Feb 2011

    Mungkin sama saiz dengan iPhone Ciplak China.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader