14Feb

Kabel Internet Menghubungkan Indonesia-Malaysia Akan Diperkenalkan

Telekomunikasi

Telekom Malaysia dan juga PT XL Axiata TBK serta PT Mora Telematika kini telah pun mengumumkan kerjasama dimana bersama-sama mereka akan membangunkan kabel fiber optik bawah tanah dengan jalur-lebar tinggi sejauh 400km, menghubungkan dua negara, iaitu Malaysia dan Indonesia.

Sistem kabel baru yang dinamakan sebagai Batam-Dumai-Melaka (BDM) itu dijangka akan mula beroperasi mulai suku tahun ke-empat tahun ini, yang mana boleh menyokong trafik internet sehingga lebih 1.8Tbps. Ianya juga direkabentuk dengan kebolehan untuk dinaik-taraf dengan mudah, membolehkan ianya dinaik-taraf kepada lebih tinggi sekiranya permintaan menjadi semakin tinggi dari semasa ke semasa.


Telefon Pintar Android Daripada Yes Pada Bulan Ogos Kelak
Maxis Menawarkan HTC ChaCha Pada Harga Serendah RM299
Syarikat Pengiklanan Atas Talian Baru - Noobie Dilancarkan
TM Mengumumkan Kerosakkan Kabel AAG Yang Menghubungkan Malaysia Ke Amerika Syarikat
DiGi Bakal Menawarkan Peranti Windows Phone Daripada Nokia

14 Komen

  1. eastbullet pada 14 Feb 2011

    apa kelebihan dengan kerjasama ni erk? kurang nampak pulak.. adakah kelajuan internet akan lebih laju?

    • satria pada 14 Feb 2011

      yup. akan lagi laju, kelajuan antara dua-dua negara akan lagi laju. pastu kalo ada gangguan gempa-bumi ke apa, maybe takde kesan sangat, sebab lagi banyak kabel sambungkan dua-dua negara.

  2. amean pada 14 Feb 2011

    o.O …. TM mengganas lagi .. saham TM dan Axiata akan menigkat .. lepas ni bolehla wujudkan Ethical Hacker untuk menjaga Network Asia … :D

  3. aleesha pada 14 Feb 2011

    wow…1.8TBps tu. hopefully internet kita makin laju

  4. nizamghazi pada 14 Feb 2011

    bertambah suka lah hackers indon (:

    • suffer8zine pada 14 Feb 2011

      fikir la positif dulu bro, ishh3

      • khaz pada 15 Feb 2011

        btl2 think positif~~

    • amin93 pada 25 Feb 2011

      ish2 mmng x leh berfikir secara positif taw nak bergado je ko..
      islam pada i/c je budak nie..

  5. aizuddin pada 15 Feb 2011

    senang nak contact safee sali nanti :p

  6. aktechpage.com pada 15 Feb 2011

    Hmmmm…. semoga hubungan rakyat kedua2 negara bertambah erat, dr segi hubungan kerajaan kedua2 negara mmg sudah erat dah. Cuma risau rakyat di sana je.

    Lps ni makin murahlah kadar charge panggilan di antara Indonesia-Malaysia

  7. SJ pada 16 Feb 2011

    High Speed Internet For All

  8. amin93 pada 25 Feb 2011

    bersatu kalahkan internet US ….HAHAHA (gelak jahat)

    xD


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader