Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya kemaskini pertama untuk Windows Phone 7 dengan nama kod yang sebelum ini diperkatakan akan dilancarkan pada bulan Februari terpaksa ditangguhkan sementara, dan beberapa laporan kini mula memperkatakan yang ianya akan diperkenalkan kepada para pengguna pada 8 Mac 2011.
Ianya diperkatakan yang mana perkara ini terpaksa ditangguhkan sementara oleh kerana perubahan pada waktu terakhir padanya. Melalui kemaskini pertama untuk Windows Phone 7 ini, ianya akan membawakan pelbagai fungsi baru, termasuk kebolehan untuk Copy/Paste, sokongan perantian CDMA, selain peningkatan pada prestasi dan penggunaannya.
Microsoft dijangka akan membuat pengumuman rasmi berkaitan tarikh pelancarannya pada Mobile World Congress yang akan diadakan di Barcelon pada minggu hadapan.
Selain daripada kemaskini “NoGo”, Microsoft juga akan memperkenalkan kemaskini major pertama untuk Windows Phone dengan nama kod “Mango”, yang mana akan membawakan pelbagai fungsi baru, termasuk pelayar web mudah-alih Internet Explorer 9 Mobile.
2 Komen
Tinggalkan Komen Anda
fuh.. Harap2 boleh guna internet tethering..
Too bad.
Disember – Dikatakan awal Januari keluar update diorang. Fine, tunggu..
Januari – Tanguh. Tunda kepada Febuari
Febuari – last minit tangguh lagi. Tunda kepada Mac
Huh!