22Feb

KLFB Menggunakan Plugin Pendaftaran Sosial Facebook

Lain-lain, Web 2.0

Perkara ini mungkin terlambat, tetapi ianya kelihatan dimana pendaftaran untuk Facebook Developer Garage Kuala Lumpur menggunakan pendaftaran secara terus menggunakan akaun Facebook, dengan borang pendaftaran yang telah dioptimasikan khas untuknya.

Facebook Sosial
Pendaftaran Menggunakan Akaun Facebook

Fungsi kebolehan untuk mendaftar melalui Facebook untuk perkhidmatan pihak ketiga telah diuji oleh Facebook sejak daripada penghujung tahun lepas lagi, membolehkan para pembangun sesebuah laman web untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai sesuatu pengguna dengan mudah, selain turut memudahkan pengguna mendaftar dengan menarik info terus daripada Facebook.

Mungkin selepas ini, kita boleh melihat trend pendaftaran yang selalunya menggunakan Google Docs dan sebagainya digantikan dengan pendaftaran menggunakan borang Facebook. Namun begitu, ianya mungkin hanya boleh digunakan untuk acara percuma buat masa ini, dan mungkin kelak dapat melihat Facebook menyokong pendaftaran berbayar dan sebagainya.


Logo Rasmi HTML5 Diperkenalkan Oleh W3C
Kelompok Pertama Dibawah GreyAttic Akan Bermula Jun Ini
Apple Bersetuju Membayar Royalti Kepada Nokia
Facebook Kini Memberi Lebih Kawalan Keatas Perkongsian Dan Privasi
Temuramah BFM Radio Bersama CEO Amanz Network

6 Komen

  1. paeh pada 22 Feb 2011

    http://jobberies.com/ pun dah buat bnda niii. easy siapa nak cari keje melalui facebook. so alert akan ada bila ada job kosong kat http://jobberies.com/

  2. emptyspace pada 22 Feb 2011

    I wish to go tapi diorang sendiri pun taktau hotel yang berdekatan, so bende ni macam tak open untuk orang luar KL.

    • mrkay pada 22 Feb 2011

      ada beberapa hotel berdekatan. ada Hotel Nouvelle yg baru di buka semula (dulu hotel mint) http://www.nouvellehotel.com/ website dia belum siap tp boleh try call tu. itu antara yg terdekat. Ada gak hotel sri petaling – http://www.hotelsripetaling.com.my/ tp a bit far la. dan untuk pilihan yg mewah, ada gak Hotel Palace of Golden Horses. If ada masalah transport, insyaAllah aku boleh try tolong :D

      • emptyspace pada 24 Feb 2011

        Thanks for the info mrkay, only one of us jek yang pegi ni sebab die je yg berani redah.. huhu

    • Omar pada 22 Feb 2011

      Jangan bimbang, stesen bas bukit jalil @ rapid KL Bukit Jalil @ terminal bersepadu bandar tasik selatan masih ada banyak ruang kosong…boleh tumpang tido semalam dua kat situ dulu…huhu

  3. ohmelayu pada 23 Feb 2011

    huhu..bagus nih..lepas ni mesti ramai yang tiru.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader