04Feb

Lebih RM1 Juta Penjimatan Dilakukan Melalui GroupsMore

Web 2.0

Seperti sedia maklum, GroupsMore telah pun dimiliki oleh Groupon, dan pada 1 Februari yang lalu, ianya telah 5 bulan sejak GroupsMore dilancarkan secara rasminya oleh YouthAsia. Pelbagai perkara telah dicapai dalam tempoh 5 bulan ini, termasuk angka pengguna melangkaui 55,000 orang, dan penjimatan melangkaui angka RM1 juta.

Sehingga artikel ini ditulis, statistik rasmi GroupsMore memperlihatkan yang mana seramai 55,728 orang pengguna telah berdaftar menggunakan laman mereka, dimana dengan penggunaan laman GroupsMore, mereka telah berjimat sebanyak lebih daripada RM1,167,757.55. Pembelian secara berkumpulan sememangnya telah mengubah landskap internet, dan juga merupakan salah satu cara baru untuk berjimat lebih.

Selain daripada itu, antara perubahan yang dapat dilihat termasuklah pada bahagian logo, dimana logo Groupon diperlihatkan disebelah logo GroupsMore. Rekabentuk laman masih sama seperti sebelumnya dengan hanya sedikit perubahan minor sahaja. Mungkin kita akan dapat melihat GroupsMore berkembang dengan lebih drastik lagi sepanjang tahun ini dibawah Joel Neoh.


Snowl 0.2 Memudahkan Pengguna Ber-Tweet
FourSquare Dalam Perbincangan Bersama Gergasi Carian
TableFour.Us Memperlihatkan Aplikasi Melalui Video 4 Saat
FourSquare Pages Bakal Dibuka Kepada Semua Minggu Ini
Infografik : Perubahan Internet Sejak Lima Belas Tahun Yang Lepas

1 Komen

  1. RIS-FAMILI pada 04 Feb 2011

    Sehingga kini aku masih tak memahami fungsi GroupMore ni sbb tak pernah buka pun lamannya. Ada sesapa nak bagi info sikit2 tak ttg GroupMore ni bagi menambah minat aku membuka lamannya.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader