10Feb

Meriahkan Perayaan Dengan Modem USB Bersama Rekabentuk Menarik

Gajet, Telekomunikasi

Meriahkan Perayaan Dengan Modem USB Bersama Rekabentuk Menarik Pada masa kini, salah satu perkara yang sering menjadi perkara utama ketika ingin berjalan jauh adalah akses internet, dimana selain daripada telefon pintar yang dimiliki oleh masing-masing, laptop dan modem USB juga merupakan salah satu perkara utama yang dibawa oleh mereka.


Rekabentuk Terhad Bersempena Tahun Baru Cina


Modem Rekabentuk Terhad

Modem USB seperti telah menjadi salah satu perantian utama yang dimiliki oleh para pemilik laptop pada masa kini. Menariknya, kini Celcom menawarkan diskaun hebat dengan pendaftaran pakej jalur-lebar mudah-alih baru bersama mereka, selain pada masa yang sama memberikan modem USB secara percuma kepada para pengguna. Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina, Celcom menawarkan modem yang amat comel sekali dengan lebih 12 rekabentuk berbeza, mengikut simbol-simbol setiap bulan. Semua modem keluaran terhad ini turut sama didatangkan dengan pakej Celcom Broadband yang sama seperti lain.

Selain daripada modem USB, Celcom turut sama menawarkan diskaun hebat dengan pembelian router MiFi, notebook HP, dan netbook HP dengan pendaftaran Celcom Broadband baru beserta kontrak perjanjian selama 12 bulan. Kesemua perantian ini juga didatangkan dengan rekabentuk yang amat menarik dan eksklusif sama seperti modem USB keluaran edisi terhad Celcom.


Perantian Lain Dengan Rekabentuk Terhad

Tidak puas dengan itu, Celcom turut sama menawarkan kuota penggunaan Celcom Broadband lebihan pada harga yang amat rendah sekali. Selain daripada itu, dalam menyambut Tahun Baru Cina, Celcom turut menyediakan beberapa pilihan wallpaper untuk desktop anda, selain anda turut sama boleh merakamkan ucapan Tahun Baru Cina kepada semua secara terus melalui laman Celcom.


Kuota Tambahan Pada Harga Rendah

Singgah ke cawangan Celcom atau BlueCube berhampiran untuk mula melanggan dan menggunakan Celcom Broadband bersama-sama perantian keluaran edisi terhad ini.

Ini adalah iklan Advertorial


Facebook Bakal Mengeluarkan Telefon Pintar?
Intel Bakal Memperkenalkan Oak Trail Esok
Telekom Malaysia Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan TM Cloud?
P1 Bakal Memperkenalkan Pekrhidmatan Jalur-Lebar Berkelajuan Tinggi Pada Bulan Ini
Nokia Bakal Menjual Subsidiari Mereka - Vertu?

5 Komen

  1. topo pada 10 Feb 2011

    ape maksud “Penafian : Advertorial”?

    • Omar pada 10 Feb 2011

      rasernya, maksudnya ialah: Entri ini bukanlah iklan celcom di website Amanz.my. Ianya dikeluarkan secara sukarela oleh aman firdaus. =)

      • mrkay pada 10 Feb 2011

        nampaknya anda salah. haha. mustahil la entry siap dgn price list semua ni entry free :p

    • Aman pada 10 Feb 2011

      Ini adalah artikel berbayar. Ahaks~

      • Omar pada 10 Feb 2011

        wah, dah start buat advertist cara macam ni.. bagus gak ni.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader