Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Microsoft sering mencuba sesuatu yang baru, disamping secara dalaman mereka mempunyai pelbagai projek rahsia yang masih tidak diketahui oleh orang ramai. Terkini, Microsoft memperlihatkan antaramuka desktop serba baru, selain pada masa yang sama memperlihatkan kebolehan mengawal desktop secara terus menggunakan telefon pintar.
Seperti sedia maklum, Microsoft kelak dijangka bakal memperkenalkan antaramuka yang serba baru melalui Windows 8, dan ianya dijangka akan membolehkan pengintegrasian secara mendalam bersama beberapa perantian yang lain, termasuk Windows Phone dan sebagainya. Dan mungkin kawalan desktop melalui telefon pintar Windows Phone merupakan salah satu perkara daripadanya.
Namun begitu apa yang diperlihatkan oleh Microsoft Research adalah masih dalam kajian dalam pembangunan, dan masih tidak diketahui bilakah ianya akan diperkenalkan sepenuhnya.
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Microsoft Research.. selalunya apa yang diorang paparkan ni akan digunakan dalam 5-8 tahun yg akan datang..
memang canggih gila..lepas ni tak tahu mau pakai phone yang mana satu..semua macam best2..
tak canggih langsung.. byk copy dari open source idea ..pastu claim diorg yg punya
Sekarang ini ada OS terbuka seperti OS Google Chrome yang bakal dijual dengan notebook. Notebook hanya sekadar interface untuk access dokumen secara online
makin advance lah computer