15Feb

Microsoft Memperlihatkan Masa Depan Windows Phone

Microsoft

Pada Mobile World Congress yang berlangsung di Barcelona, Microsoft telah pun memperlihatkan apakah yang bakal dibawa oleh Windows Phone 7 sepanjang tahun ini. Antara perkara baru, termasuklah kebolehan multitasking serba baru, dan juga pengenalan Internet Explorer 9 Mobile.

Microsoft dijangka akan memperkenalkan Internet Explorer 9 Mobile pada Windows Phone pada pertengahan tahun kedua 2011, yang mana diperkatakan akan membawakan pengalaman pelayaran yang serba menarik pada perantian mudah-alih. Sokongan Kinect juga dijangka akan diintegrasikan pada Windows Phone kelak.

Selain daripada itu, Windows Phone juga akan mengintegrasikan Twitter pada People Hub, serta tambahan sokongan dokumen Office dengan pengintegrasian Skydrive. Ianya masih tidak diketahui sepenuhnya, sokongan apakah akan dibawakan dalam kemaskini NoGo yang dijangka akan dilepaskan pada 8 Mac ini.


Versi Pembangunan Windows 7 SP1 Mula Tersebar
Yahoo! Akan Mula Menggunakan Enjin Carian Bing
Kemaskini Windows Phone Ditangguhkan Ke Bulan Mac?
Aplikasi Hotmail Untuk Android Diperkenalkan
Xbox Generasi Baru Bakal Diperkenalkan Pada Tahun 2013 Kelak

1 Komen

  1. SJ pada 16 Feb 2011

    i don’t understand this commercial


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader